PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Anda Dapat Menjadi Sahabat Yehuwa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • 5. Yehuwa mahu sahabat-Nya melakukan apa?

      Kita pasti gembira jika kawan kita melakukan hal-hal yang kita suka.

      • Apakah sesetengah hal yang anda suka kawan anda lakukan untuk anda?

      Baca 1 Yohanes 5:3, kemudian bincang soalan berikut:

      • Yehuwa mahu sahabat-Nya melakukan apa?

      Jika kita ingin mematuhi Yehuwa, kita mungkin perlu mengubah sesetengah sikap atau tabiat yang tidak disukai-Nya. Baca Yesaya 48:17, 18, kemudian bincang soalan berikut:

      • Mengapakah Yehuwa mahu sahabat-Nya membuat perubahan?

      Seorang pekerja di tapak pembinaan memberi topi keledar keselamatan kepada rakan sekerjanya.

      Kawan yang baik akan beri kita peringatan demi keselamatan dan kebaikan kita. Yehuwa juga melakukan hal yang sama untuk kawan-kawan-Nya

  • Anda Dapat Menjadi Sahabat Yehuwa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Pembaptisan—Matlamat yang Terpuji!
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • Mula-mula, anda perlu belajar tentang Yehuwa dan beriman kepada-Nya. (Baca Ibrani 11:6.) Secara perlahan-lahan, kasih anda kepada Yehuwa akan semakin bertambah. Anda mungkin terdorong untuk memberitahu orang tentang Yehuwa dan mengubah cara hidup anda. (2 Timotius 4:2; 1 Yohanes 5:3) Apabila anda ‘hidup selaras dengan kehendak Yehuwa dan menyenangkan hati-Nya,’ anda dapat membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis.​—Kolose 1:9, 10.a

  • Pembaptisan—Matlamat yang Terpuji!
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • a Walaupun seseorang pernah dibaptis, dia harus dibaptis semula kerana ajaran agama itu tidak selaras dengan Bible.​—Lihat Kisah 19:1-5 dan Pelajaran 13.

  • Tunjukkan Penghargaan kepada Yehuwa dan Yesus
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • Bayangkan anda hampir lemas dan seseorang telah menyelamatkan anda. Adakah anda akan melupakan apa yang telah dia lakukan? Tidak! Anda pasti akan berusaha membalas jasanya.

      Yehuwa telah menyelamatkan kita dan memberi kita harapan hidup yang sejati. Baca 1 Yohanes 4:8-10, kemudian bincang soalan berikut:

      • Mengapakah pengorbanan Yesus ialah kurniaan yang sangat istimewa?

      • Apakah perasaan anda terhadap pengorbanan yang dilakukan oleh Yehuwa dan Yesus untuk anda?

      Bagaimanakah kita dapat menunjukkan penghargaan kita terhadap mereka? Baca 2 Korintus 5:15 dan 1 Yohanes 4:11; 5:3. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

      • Bagaimanakah kita dapat menunjukkan penghargaan kita?

  • Bagaimanakah Kita Menunjukkan Kasih kepada Yehuwa?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • Pelajaran 34. Seorang lelaki di kawasan bandar memandang ke atas sambil berfikir.

      PELAJARAN 34

      Bagaimanakah Kita Menunjukkan Kasih kepada Yehuwa?

      Sejak anda mula belajar Bible, adakah anda rasa lebih dekat dengan Tuhan? Adakah anda ingin terus menghampiri-Nya? Jika ya, ingatlah bahawa semakin dalam kasih anda kepada Tuhan, semakin Dia mengasihi anda. Tapi, bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih anda kepada Tuhan?

      1. Bagaimanakah kita dapat memperlihatkan kasih kepada Yehuwa?

      Kita menunjukkan kasih kepada Yehuwa dengan mematuhi-Nya. (Baca 1 Yohanes 5:3.) Tetapi Yehuwa tidak memaksa kita untuk berbuat demikian. Bible kata bahawa Tuhan mahu kita mematuhi-Nya “dengan rela hati.” (Roma 6:17) Dia memberi kita peluang untuk memilih sama ada kita mahu mendengar cakap-Nya atau tidak. Bahagian 3 dan 4 dalam buku ini akan mengajar kita hal-hal yang menyenangkan hati Yehuwa dan yang dibenci-Nya. Apabila kita mematuhi perintah-Nya, kita menunjukkan kita mengasihi-Nya.

      2. Mengapakah ada kalanya susah untuk menunjukkan kasih kepada Yehuwa?

      Bible kata, “Orang yang melakukan apa yang benar mengalami banyak kesusahan.” (Mazmur 34:19) Kita semua tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Kita juga mungkin menghadapi masalah kewangan, dilayan dengan tidak adil, atau menghadapi cabaran lain. Ini boleh buat kita susah mematuhi Yehuwa dan ingin mengikut cara sendiri. Tetapi jika anda mematuhi Yehuwa biarpun tidak senang, anda menunjukkan anda setia dan mengasihi-Nya lebih daripada segala-galanya. Yakinlah, jika anda setia kepada Tuhan, Dia juga akan setia kepada anda. Dia tidak akan meninggalkan anda.​—Baca Mazmur 4:3.

      KETAHUILAH

      Belajar mengapa Yehuwa gembira apabila anda mematuhi-Nya dan bagaimana anda dapat tetap setia kepada-Nya.

      3. Isu yang melibatkan anda

      Dalam buku Ayub, Syaitan melontarkan tuduhan terhadap Ayub dan semua orang yang mahu menyembah Yehuwa. Baca Ayub 1:1, 6–2:10, kemudian bincang soalan berikut:

      • Menurut Syaitan, mengapakah Ayub mahu mematuhi Yehuwa?—Lihat Ayub 1:9-11.

      • Apakah tuduhan Syaitan terhadap semua manusia, termasuk anda?—Lihat Ayub 2:4.

      Baca Ayub 27:5b, kemudian bincang soalan berikut:

      • Bagaimanakah Ayub menunjukkan dia betul-betul mengasihi Yehuwa?

      Syaitan mencabar Yehuwa. Dia menuduh Ayub tidak menyembah Tuhan dengan ikhlas. Terdapat gambar Ayub yang dijangkiti bisul dan seorang penyembah Yehuwa pada zaman moden.

      Kesetiaan Ayub membuktikan kasihnya kepada Yehuwa

      Kesetiaan kita juga membuktikan kasih kita kepada Yehuwa

      4. Gembirakanlah hati Yehuwa

      Baca Amsal 27:11, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apakah perasaan Yehuwa apabila anda bertindak dengan bijak dan mematuhi-Nya? Mengapa?

      5. Anda dapat tetap setia kepada Yehuwa

      Biarpun menghadapi cabaran, kasih kepada Yehuwa menggerakkan kita untuk menginjil tentang-Nya. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Membela Iman meskipun Ditentang (5:09)

      • Pernahkah anda rasa susah untuk beritahu orang lain tentang Yehuwa?

      • Dalam video ini, apakah yang membantu Grayson mengatasi perasaan takut?

      Kita akan rasa lebih senang untuk setia kepada Yehuwa jika kita mengasihi apa yang dikasihi-Nya dan membenci apa yang dibenci-Nya. Baca Mazmur 97:10, kemudian bincang soalan berikut:

      • Berdasarkan apa yang sudah anda pelajari, apakah sesetengah hal yang Yehuwa kasihi dan benci?

      • Bagaimanakah kita dapat memupuk kasih terhadap apa yang baik dan membenci apa yang jahat?

      6. Berkat kerana mematuhi Yehuwa

      Kita mendapat banyak manfaat apabila mentaati Yehuwa. Baca Yesaya 48:17, 18, kemudian bincang soalan berikut:

      • Adakah anda yakin bahawa Yehuwa selalu tahu apa yang terbaik bagi anda? Mengapa?

      • Apakah manfaat yang anda peroleh sejak mula belajar Bible dan mengenali Yehuwa, Tuhan yang benar?

      ORANG MUNGKIN TANYA: “Adakah perbuatan saya betul-betul dapat menggembirakan Tuhan?”

      • Apakah ayat Bible yang dapat anda tunjukkan untuk menjelaskan bahawa perbuatan kita mempengaruhi perasaan Yehuwa?

      RINGKASAN

      Anda dapat membuktikan kasih anda kepada Yehuwa dengan mematuhi-Nya dan tetap setia semasa menghadapi cabaran.

      Ulang Kaji

      • Apakah yang anda belajar daripada contoh Ayub?

      • Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih kepada Yehuwa?

      • Apakah yang dapat membantu anda setia kepada Yehuwa?

      Matlamat

      JOM BELAJAR

      Lihat bagaimana anda dapat setia kepada Yehuwa dan sidang.

      “Engkau Setia kepada Orang yang Setia” (16:49)

      Ketahui lebih banyak tentang tuduhan yang dilontarkan Syaitan terhadap manusia.

      “Ayub Berpegang pada Integritinya” (Bible​—Apakah Mesejnya? bahagian 6)

      Perhatikan bagaimana orang muda dapat menunjukkan kasih kepada Yehuwa.

      Gembirakan Hati Yehuwa (8:16)

      Bagaimanakah kaum muda dapat mengekalkan kesetiaan kepada Tuhan semasa menghadapi tekanan rakan sebaya?

      Lawanlah Tekanan Rakan Sebaya! (4:00)

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi