PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 30:34-36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Ambillah minyak damar, kulit lokan, minyak raksamala, dan kemenyan putih yang tulen. Semua bahan harum ini mestilah sama banyaknya.+ 35 Campurkanlah semua bahan ini untuk membuat kemenyan,+ sebagaimana seorang tukang yang mahir akan mencampurkannya, lalu tambahkanlah garam+ ke dalamnya. Campuran yang harum ini ialah sesuatu yang murni dan suci. 36 Tumbuklah sebahagian daripada campuran ini sehingga menjadi serbuk yang halus. Kemudian, ambillah sedikit serbuk itu lalu letakkannya di dalam khemah pertemuan, iaitu di depan tabut, tempat Aku akan menampakkan diri kepadamu. Kamu harus menganggap kemenyan ini sebagai sesuatu yang sangat suci.

  • Wahyu 5:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Semasa Anak Bebiri itu mengambil gulungan tersebut, empat makhluk hidup dan 24 orang penatua itu+ bersujud di hadapannya. Mereka masing-masing mempunyai sebuah kecapi dan mangkuk emas yang penuh dengan kemenyan. (Kemenyan itu melambangkan doa umat suci Tuhan.)+

  • Wahyu 8:3-5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Kemudian, satu lagi malaikat datang lalu berdiri di hadapan mazbah+ dengan memegang bekas kemenyan*+ yang diperbuat daripada emas. Dia diberi banyak kemenyan agar dia dapat mempersembahkan kemenyan itu di atas mazbah emas+ yang terletak di hadapan takhta Tuhan semasa umat suci berdoa kepada Tuhan. 4 Doa+ umat suci Tuhan dan asap kemenyan dari tangan malaikat itu sama-sama naik ke hadirat Tuhan. 5 Tetapi malaikat itu segera mengambil bekas kemenyan tersebut dan mengisinya dengan sedikit api dari mazbah lalu mencampakkan api tersebut ke bumi. Kemudian, bunyi guruh dan suara-suara kedengaran, kilat sabung-menyabung,+ dan gempa bumi berlaku.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi