14 lalu umat yang menyandang nama-Ku+ merendahkan diri+ dan berdoa serta mencari Aku lalu berpaling daripada haluan jahat mereka,+ Aku akan mendengar dari syurga dan mengampunkan dosa mereka serta memulihkan semula tanah mereka.+
13 Dia asyik berdoa dan merayu kepada Tuhan agar Tuhan berbelas kasihan kepadanya. Oleh itu, Tuhan tergerak untuk mengabulkan permintaan Manasye dan memulihkan kedudukannya sebagai raja di Yerusalem.+ Selepas itu, Manasye sedar bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang benar.+
15 Kemudian dia menyingkirkan tuhan-tuhan bangsa asing dan patung berhala yang ada di dalam Rumah Yehuwa.+ Dia juga merobohkan semua mazbah yang dibina olehnya di gunung Rumah Yehuwa+ dan di Yerusalem lalu membuang semuanya ke luar kota.