-
2 Raja-Raja 22:4-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 “Berjumpalah dengan Imam Agung Hilkia.+ Suruhlah dia mengumpulkan semua wang yang telah dibawa ke Rumah Yehuwa,+ iaitu wang yang diterima oleh para penjaga pintu daripada rakyat.+ 5 Kemudian wang itu harus diberikan kepada beberapa orang yang dilantik untuk mengawasi kerja pembaikan Rumah Yehuwa. Suruhlah mereka memberikan wang itu kepada para pekerja yang membaiki kerosakan* yang ada pada Rumah Yehuwa,+ 6 iaitu jurubina, tukang batu, dan tukang-tukang yang mahir. Mereka akan menggunakan wang itu untuk membeli kayu dan batu yang sudah dipotong untuk membaiki kerosakan yang ada pada Rumah Tuhan.+
-
-
2 Tawarikh 24:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Raja Yehoas dan Yehoyada akan memberikan wang itu kepada para penyelia yang mengawasi kerja-kerja di Rumah Yehuwa. Mereka akan mengupah pemotong batu dan tukang-tukang lain untuk memperbaiki Rumah Yehuwa.+ Mereka juga mengupah tukang besi dan tembaga untuk membaiki Rumah Yehuwa.
-