-
Yosua 21:27-33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Puak Gerson+ daripada keluarga-keluarga dalam suku Lewi menerima dua buah kota daripada setengah suku Manasye: Sebuah kota perlindungan bagi orang yang telah membunuh, iaitu Golan+ di Basan, termasuk padang rumputnya, serta Beestera dan padang rumputnya.
28 Daripada suku Isakhar:+ Kisyon dan padang rumputnya, Daberat+ dan padang rumputnya, 29 Yarmut dan padang rumputnya, serta En-ganim dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota.
30 Daripada suku Asyer:+ Misal dan padang rumputnya, Abdon dan padang rumputnya, 31 Helkat+ dan padang rumputnya, serta Rehob+ dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota.
32 Daripada suku Naftali: Sebuah kota perlindungan bagi orang yang telah membunuh,+ iaitu Kedes+ di Galilea, termasuk padang rumputnya, Hamot-dor dan padang rumputnya, serta Kartan dan padang rumputnya. Semuanya tiga buah kota.
33 Keluarga-keluarga dalam puak Gerson menerima 13 buah kota termasuk padang rumput di sekelilingnya.
-