-
2 Samuel 10:17-19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Apabila Daud mendengar hal itu, dia segera mengumpulkan semua tentera Israel lalu menyeberangi Sungai Yordan dan pergi ke Helam. Di situ, orang Siria mengatur barisan tentera mereka dan pergi bertempur dengan Daud.+ 18 Tetapi orang Siria melarikan diri daripada orang Israel. Daud membunuh 700 orang pemandu kereta kuda dan 40,000 orang penunggang kuda tentera Siria. Dia juga membunuh ketua tentera mereka, iaitu Sobakh, dan Sobakh meninggal di situ.+ 19 Apabila semua raja yang berkhidmat kepada Hadadezer sedar bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel, mereka cepat-cepat berdamai dengan orang Israel dan tunduk kepada mereka.+ Sejak itu, orang Siria tidak lagi berani membantu orang Ammon.
-