-
1 Raja-Raja 10:4-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Apabila ratu dari Syeba melihat kebijaksanaan Salomo,+ istana yang telah dibinanya,+ 5 makanan di mejanya,+ aturan tempat duduk pegawainya, cara kerja dan pakaian para pelayannya, pengurus minumannya, dan korban-korban bakar yang sering dipersembahkannya di Rumah Yehuwa, ratu itu berasa sangat kagum. 6 Oleh itu, ratu berkata kepada raja, “Memang benar apa yang beta dengar di negeri beta tentang pencapaian* dan kebijaksanaan tuanku. 7 Tetapi beta tidak percaya sebelum beta datang dan melihat semuanya dengan mata sendiri. Apa yang beta dengar itu tidak separuh pun daripada apa yang beta nampak sekarang. Kebijaksanaan dan kekayaan tuanku jauh lebih banyak daripada apa yang telah beta dengar. 8 Berbahagialah rakyat tuanku dan para pegawai tuanku yang sentiasa bersama tuanku kerana mereka dapat mendengar kebijaksanaan tuanku!+ 9 Terpujilah Yehuwa, Tuhan tuanku!+ Dia berkenan kepada tuanku dan menjadikan tuanku raja Israel. Kasih Yehuwa kepada Israel kekal selama-lamanya, maka Dia telah menjadikan tuanku sebagai raja supaya tuanku dapat menegakkan keadilan dan melakukan apa yang benar.”
-