-
Matius 13:18-23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 “Oleh itu, dengarlah maksud perumpamaan tentang petani itu.+ 19 Benih yang jatuh di jalan+ ialah orang yang mendengar perkhabaran tentang Kerajaan Tuhan tetapi tidak memahaminya, lalu benih yang ditanam dalam hatinya dirampas oleh Si Jahat.+ 20 Benih yang jatuh di tempat berbatu ialah orang yang mendengar perkhabaran itu dan segera menyambutnya dengan sukacita.+ 21 Tetapi perkhabaran itu tidak berakar dalam hatinya. Dia menerimanya untuk seketika, tetapi sebaik sahaja dia mengalami kesengsaraan atau penganiayaan kerana perkhabaran itu, dia tersandung. 22 Benih yang jatuh di semak berduri ialah orang yang mendengar perkhabaran itu, tetapi kekhuatiran hidup sistem dunia ini*+ dan tipu daya kekayaan membantutkan perkhabaran itu sehingga tidak berbuah.+ 23 Benih yang jatuh di tanah yang subur pula ialah orang yang mendengar perkhabaran itu dan memahaminya, lalu benar-benar membuahkan hasil. Ada yang hasilnya 100 kali ganda, ada yang 60 kali ganda, dan ada yang 30 kali ganda.”+
-
-
Markus 4:14-20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 “Petani itu menaburkan firman Tuhan.+ 15 Sesetengah orang bagaikan benih yang jatuh di jalan. Sebaik sahaja mereka mendengar firman Tuhan, Syaitan datang+ dan merampas firman yang sudah ditanam dalam hati mereka.+ 16 Benih yang jatuh di tempat berbatu pula ialah orang yang mendengar firman Tuhan dan segera menyambutnya dengan sukacita.+ 17 Tetapi firman itu tidak berakar dalam hati mereka. Mereka menerimanya untuk seketika, tetapi sebaik sahaja mereka mengalami kesengsaraan atau penganiayaan kerana firman itu, mereka tersandung. 18 Benih yang jatuh di semak berduri ialah orang yang mendengar firman itu,+ 19 tetapi kekhuatiran+ hidup sistem dunia ini* dan tipu daya kekayaan+ serta pelbagai keinginan+ mula meresap ke dalam hati mereka dan membantutkan firman itu sehingga tidak berbuah. 20 Akhirnya, benih yang jatuh di tanah yang subur ialah orang yang mendengar firman itu dan menyambutnya dengan baik lalu membuahkan hasil; ada yang 30 kali ganda, ada yang 60 kali ganda, dan ada yang 100 kali ganda.”+
-