7 Semasa dia diseksa+ dan ditindas,+
Dia tidak membuka mulutnya.
Seperti seekor bebiri, dia dibawa untuk disembelih;+
Seperti bebiri betina yang tidak bersuara semasa bulunya digunting,
Dia juga tidak membuka mulutnya.+
8 Dia ditindas dan dibawa pergi tanpa diadili dengan saksama;
Tiada seorang pun yang mengambil peduli akan butiran tentang asal usulnya.
Dia dipukul kerana dosa bangsaku,+
Dan dia dilenyapkan dari negeri orang hidup.+