-
Keluaran 34:29, 30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Kemudian Musa turun dari Gunung Sinai dengan membawa dua keping batu tulis itu.+ Semasa Musa turun dari gunung itu, mukanya bercahaya kerana dia telah bercakap dengan Tuhan, tetapi dia tidak menyedari hal itu. 30 Apabila Harun dan semua orang Israel melihat bahawa muka Musa bercahaya, mereka takut untuk mendekatinya.+
-