PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 14:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Maka Simson pergi ke Timna bersama ibu bapanya. Semasa dia tiba di ladang anggur di Timna, seekor singa datang ke arahnya sambil mengaum. 6 Kuasa suci Yehuwa menyebabkan Simson menjadi kuat+ sehingga dia mencabik singa itu dengan tangan kosong, sebagaimana orang mencabik anak kambing. Tetapi dia tidak memberitahu ibu bapanya tentang apa yang dilakukannya.

  • Hakim-Hakim 14:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Kemudian kuasa suci Yehuwa menjadikan Simson kuat,+ lalu dia pergi ke Askelon+ dan membunuh 30 orang lelaki di situ. Dia mengambil pakaian mereka dan memberikannya kepada orang yang telah menjawab teka-tekinya.+ Selepas itu dia pulang ke rumah bapanya dengan perasaan yang sangat marah.

  • Hakim-Hakim 15:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Apabila dia sampai di Lehi, orang Filistin bersorak-sorak semasa mereka nampak Simson. Pada masa itu, kuasa suci Yehuwa menyebabkan Simson menjadi kuat.+ Tali yang mengikat lengannya menjadi seperti benang linen yang dibakar dengan api, lalu jatuh dari tangannya.+

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi