-
Markus 15:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Setelah memakukannya pada tiang, mereka membahagi-bahagikan jubah luarnya dengan membuang undi untuk menentukan bahagian masing-masing.+
-
-
Yohanes 19:23, 24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Selepas askar-askar memakukan Yesus pada tiang, mereka mengambil jubah luarnya dan membahagikannya menjadi empat bahagian agar setiap askar mendapat satu bahagian. Mereka juga mengambil jubah dalamnya. Tetapi jubah dalamnya diperbuat daripada sehelai kain yang ditenun dari atas sampai ke bawah tanpa jahitan. 24 Maka mereka berkata kepada satu sama lain, “Janganlah kita mengoyakkan jubah ini. Marilah kita buang undi untuk menentukan siapa yang patut memilikinya.”+ Hal ini berlaku supaya apa yang tertulis menjadi kenyataan: “Mereka membahagi-bahagikan jubah luarku dan membuang undi untuk jubah dalamku.”+ Demikianlah yang dilakukan oleh askar-askar itu.
-