-
1 Tawarikh 28:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 “Hai anakku, Salomo, hendaklah kamu mengenali Tuhan ayahandamu. Sembahlah Dia dengan sepenuh hati+ dan rela hati.* Hal ini demikian kerana Yehuwa menyelidiki hati semua orang,+ dan Dia tahu fikiran dan keinginan mereka.+ Carilah Dia, dan Dia akan membiarkan diri-Nya ditemukan olehmu.+ Namun jika kamu meninggalkan-Nya, Dia juga akan meninggalkan kamu buat selama-lamanya.+
-
-
2 Tawarikh 7:19, 20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Tetapi jika engkau berpaling daripada-Ku lalu sujud menyembah tuhan yang lain, dan tidak mengikut Aku serta tidak mematuhi hukum dan perintah yang telah Aku berikan kepadamu,+ 20 Aku akan mengusir* orang Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepadamu.+ Selain itu, rumah yang telah Aku sucikan demi nama-Ku akan Aku singkirkan daripada pandangan-Ku. Aku akan memastikan bahawa rumah ini menjadi bahan hinaan dan ejekan semua orang.+
-