3 Yesus duduk di atas Gunung Zaitun di tempat yang berhadapan dengan Rumah Tuhan. Ketika tiada orang lain di situ, Petrus, Yakobus, Yohanes, dan Andreas, datang kepadanya dan bertanya, 4 “Beritahulah kami bila hal-hal ini akan berlaku, dan apakah tanda bahawa penghujung semua ini sudah dekat?”+