PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Maleakhi 3:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 “Lihatlah! Aku akan menghantar utusan-Ku dan dia akan membuka jalan di hadapan-Ku.+ Lalu dengan tiba-tiba, Aku, Tuan yang benar yang kamu cari, akan datang ke Rumah-Ku.+ Utusan perjanjian yang kamu nanti-nantikan dengan sukacita akan datang. Sesungguhnya, dia pasti akan datang,” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.

  • Matius 3:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Pada masa itu, Yohanes+ Pembaptis menyebarkan berita+ di padang belantara Yudea.

  • Matius 3:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Dialah orang yang dimaksudkan ketika Nabi Yesaya+ berkata, “Seseorang sedang berseru di padang belantara, ‘Hendaklah kamu menyediakan jalan bagi Yehuwa!* Luruskanlah jalan bagi-Nya.’”+

  • Matius 11:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Mengenai dia, ada tertulis, ‘Lihatlah! Aku akan menghantar utusan-Ku di hadapanmu. Dia akan membuka jalan bagimu!’+

  • Lukas 3:2-6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 semasa Hanas dan Kayafas+ menjadi ketua imam, Tuhan telah berfirman kepada Yohanes+ anak Zakharia yang berada di padang belantara.+

      3 Maka dia pergi ke seluruh kawasan di sekitar Sungai Yordan untuk menyebarkan berita bahawa orang perlu dibaptis sebagai lambang mereka sudah bertaubat. Dengan ini dosa mereka akan diampunkan.+ 4 Hal inilah yang tertulis dalam kitab Nabi Yesaya: “Seseorang sedang berseru di padang belantara, ‘Hendaklah kamu menyediakan jalan bagi Yehuwa!* Luruskanlah jalan bagi-Nya.+ 5 Setiap lembah mesti ditimbus, setiap gunung dan bukit mesti diratakan, jalan yang berliku-liku mesti diluruskan, dan tempat yang berlekuk-lekak mesti diratakan. 6 Lalu semua orang akan melihat bagaimana Tuhan membawa penyelamatan.’”+

  • Lukas 7:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Mengenai dia, ada tertulis, ‘Lihatlah! Aku akan menghantar utusan-Ku di hadapanmu. Dia akan membuka jalan bagimu.’+

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi