PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 14:14-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Semasa Yesus keluar dari perahu, dia melihat banyak orang di situ. Dia berasa kasihan terhadap mereka+ lalu menyembuhkan semua orang yang sakit.+ 15 Apabila hari mula senja, murid-muridnya datang dan berkata kepadanya, “Masa sudah lewat dan tempat ini terpencil. Suruhlah orang ramai pergi agar mereka dapat membeli makanan di pekan yang berhampiran.”+ 16 Tetapi Yesus berkata, “Mereka tidak perlu pergi. Kamu berilah mereka makanan.” 17 Mereka berkata kepadanya, “Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan.”

  • Markus 6:35-38
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 35 Pada waktu petang, murid-muridnya datang dan berkata kepadanya, “Tempat ini terpencil dan masa sudah lewat.+ 36 Suruhlah orang ramai pergi ke desa dan pekan yang berhampiran agar mereka dapat membeli makanan.”+ 37 Tetapi Yesus berkata, “Kamu berilah mereka makanan.” Mereka pun bertanya, “Adakah Guru mahu kami membelanjakan 200 denari* untuk membeli roti bagi semua orang di sini?”+ 38 Dia berkata kepada mereka, “Pergilah dan lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu.” Mereka pun pergi. Setelah itu, mereka berkata, “Lima ketul roti dan dua ekor ikan.”+

  • Lukas 9:12, 13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Apabila hari mula senja, 12 orang rasul itu datang kepada Yesus dan berkata, “Tempat ini terpencil. Jadi suruhlah orang ramai pergi agar mereka dapat mencari penginapan dan membeli makanan di desa dan pekan yang berhampiran.”+ 13 Tetapi dia berkata, “Kamu berilah mereka makanan.”+ Mereka berkata, “Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan. Perlukah kami pergi dan membeli makanan untuk semua orang itu?”

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi