PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Korintus 6:9-11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Tidakkah kamu tahu bahawa orang yang berbuat jahat tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan?+ Janganlah menipu diri sendiri. Orang yang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,*+ orang yang menyembah berhala,+ orang yang berzina,+ lelaki yang rela ditiduri lelaki lain,+ lelaki yang meniduri lelaki,*+ 10 orang yang mencuri, yang tamak,+ yang mabuk,+ yang suka mencaci, dan yang memeras ugut, tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan.+ 11 Demikianlah cara hidup sesetengah orang antara kamu dahulu. Namun, atas nama Tuan Yesus Kristus, dan melalui kuasa suci Tuhan kita, kamu sekarang sudah dibersihkan,+ disucikan,+ dan diperkenankan Tuhan.+

  • Efesus 2:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Sebenarnya kita semua pernah hidup menurut keinginan tubuh yang berdosa+ dan melakukan hal-hal berdosa yang diingini tubuh dan fikiran kita.+ Seperti orang lain, kita merupakan anak-anak yang membangkitkan kemurkaan Tuhan+ sejak lahir.

  • Titus 3:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Hal ini demikian kerana dahulu kita pun tidak berakal, ingkar, disesatkan, dan diperhamba oleh berbagai-bagai keinginan dan nafsu. Kita terus berbuat jahat dan bersikap iri hati, keji, dan saling membenci.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi