-
2 Timotius 2:24, 25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Hal ini demikian kerana hamba Tuan tidak perlu bertengkar. Sebaliknya dia perlu bersikap baik hati terhadap semua orang.*+ Dia juga perlu layak untuk mengajar, menahan diri semasa diperlakukan dengan buruk,+ 25 dan menunjukkan kelemahlembutan semasa mengajar orang yang suka menentang.+ Barangkali Tuhan akan mengizinkan orang sebegini untuk bertaubat* dan mendapat pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.+
-
-
Titus 3:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Teruslah mengingatkan mereka agar taat dan patuh kepada kerajaan dan pihak berkuasa,+ serta bersedia melakukan setiap perbuatan yang baik. 2 Ingatkan mereka agar tidak memburuk-burukkan sesiapa pun dan menjauhi sikap suka bertengkar. Mereka harus munasabah+ dan sentiasa lemah lembut kepada semua orang.+
-