Yesaya
55 “Hai semua orang yang dahaga,+ marilah dan minumlah air!+
Hai semua orang yang tidak mempunyai wang, marilah dan terimalah* makanan!
Marilah! Terimalah* wain dan susu+ tanpa membayar apa-apa.+
2 Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk membeli sesuatu yang tidak mengenyangkan?
Mengapakah kamu menghabiskan upah kamu* untuk mendapatkan sesuatu yang tidak memuaskan?
Dengarlah firman-Ku dengan teliti, maka kamu akan makan hidangan yang baik+
Dan menikmati makanan yang paling bermutu.+
3 Berikanlah perhatian dan datanglah kepada-Ku.+
Dengarlah, maka kamu akan tetap hidup.
Kasih setia yang telah Aku janjikan kepada Daud itu dapat dipercayai, dan Aku akan menunjukkan kasih setia itu kepada kamu juga.+
Maka Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan kamu.+
5 Kamu akan memanggil bangsa yang tidak kamu kenal,
Dan bangsa yang tidak mengenal kamu akan berlari kepada kamu.
Mereka akan berbuat demikian kerana Yehuwa, Tuhan kamu,+
Tuhan Israel Yang Suci, akan memuliakan kamu.+
6 Carilah Yehuwa semasa Dia masih dapat ditemukan;+
Berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.+
7 Hendaklah orang jahat meninggalkan haluan mereka,+
Dan hendaklah orang keji meninggalkan pemikiran mereka.
Biarlah mereka kembali kepada Yehuwa, Tuhan kita,
Kerana Dia akan berbelas kasihan terhadap mereka+ dan mengampuni mereka dengan rela hati.+
8 Yehuwa berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,+
Dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
9 Setinggi langit dari bumi,
Setinggi itulah jalan-Ku daripada jalan kamu
Dan fikiran-Ku daripada fikiran kamu.+
10 Hujan dan salji yang turun dari langit tidak akan kembali ke tempat asalnya,
Sehingga bumi dibasahi dan sehingga tanaman bertumbuh
Lalu menghasilkan benih untuk ditabur dan makanan untuk dimakan.
Firman-Ku tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia,+
Tetapi pasti akan melaksanakan apa sahaja yang Aku kehendaki,+
Dan pasti berjaya melakukan perkara yang Aku ingini.
Gunung dan bukit akan menyambut ketibaan kamu dengan sorakan yang gembira,+
Dan pokok-pokok di padang akan bertepuk tangan.+
13 Pokok juniper akan menggantikan semak berduri,+
Dan pokok mirtel akan menggantikan belukar berduri.
Kejadian itu akan memasyhurkan Aku, Yehuwa,+
Dan menjadi tanda kekal yang tidak akan lenyap.”