BAHAGIAN 1
Penciptaan hingga Banjir
Dari manakah datangnya langit dan bumi? Bagaimanakah matahari, bulan, bintang-bintang, dan segala-gala yang ada di bumi dihasilkan? Bible memberikan jawapan yang tepat dengan menyatakan bahawa semua benda diciptakan oleh Tuhan. Oleh itu, buku ini bermula dengan cerita-cerita tentang penciptaan.
Ciptaan Tuhan yang pertama ialah makhluk-makhluk roh yang mempunyai tubuh seperti diri-Nya. Mereka dipanggil malaikat. Tetapi, bumi diciptakan untuk manusia. Jadi, Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan yang bernama Adam dan Hawa. Dia telah menempatkan mereka di sebuah taman yang indah. Malangnya, mereka tidak patuh kepada Tuhan dan mereka kehilangan peluang untuk terus hidup.
Selama 1,656 tahun berlalu dari masa Adam diciptakan hingga Banjir besar pada zaman Nuh. Banyak orang jahat hidup sepanjang masa ini. Di syurga terdapat roh-roh jahat yang tidak dapat dilihat. Roh-roh jahat ini ialah Syaitan dan malaikat-malaikatnya. Di bumi pula terdapat Kain dan banyak orang jahat yang lain termasuklah beberapa orang manusia yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Namun begitu, di bumi juga ada orang yang baik—Habel, Henokh, dan Nuh. Dalam Bahagian PERTAMA, kita akan membaca tentang orang-orang ini dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh ini.