PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 24
  • Yusuf Menguji Abang-abangnya

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yusuf Menguji Abang-abangnya
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yehuwa Tidak Pernah Melupakan Yusuf
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Abang-Abang Yusuf Membencinya
    Buku Cerita Bible Saya
  • Keluarga Yakub Berpindah ke Mesir
    Buku Cerita Bible Saya
  • Dia Bertanggungjawab dan Setia
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 24
Hamba Mesir mencari cawan perak Yusuf dalam beg adiknya

CERITA 24

Yusuf Menguji Abang-abangnya

YUSUF ingin tahu sama ada abang-abangnya masih berhati batu dan jahat. Jadi, dia berkata kepada sepuluh orang abangnya, “Kamu semua pengintip. Kamu telah datang ke sini untuk menyiasat kelemahan negeri ini.”

Mereka menjawab, “Tidak, tuan. Kami bukan pengintip. Kami orang yang jujur. Kami semua adik-beradik. Pada mulanya, kami berjumlah 12 orang. Tetapi, salah seorang daripada adik-beradik kami tiada lagi, dan adik kami yang bongsu ada bersama-sama bapa kami.”

Yusuf berpura-pura tidak mempercayai kata-kata mereka. Dia memenjarakan Simeon tetapi membenarkan abang-abangnya yang lain pulang untuk membawa makanan kepada keluarga mereka. Namun begitu, Yusuf berkata, “Apabila kamu datang ke sini lagi, kamu mesti membawa adik bongsumu.”

Apabila mereka pulang ke Kanaan, mereka memberitahukan segala hal yang telah berlaku kepada bapa mereka, Yakub. Yakub berasa sangat sedih. Dia menangis sambil berkata, “Yusuf sudah tiada lagi; sekarang Simeon pun tiada lagi. Aku tidak akan membenarkan kamu membawa anak bongsuku, Benyamin.” Tetapi, selepas beberapa lama, mereka mulai kehabisan makanan. Jadi, Yakub terpaksa membenarkan mereka membawa Benyamin ke Mesir agar mereka dapat membeli makanan.

Sekarang, Yusuf nampak adik-beradiknya datang. Dia sangat gembira melihat adiknya, Benyamin. Tidak seorang pun dalam kalangan mereka tahu bahawa lelaki yang penting ini ialah Yusuf. Yusuf sekarang melakukan sesuatu untuk menguji abang-abangnya.

Dia mengarahkan hamba-hambanya untuk memenuhi beg-beg mereka dengan makanan. Tanpa diketahui oleh mereka, dia juga mengarahkan supaya cawan peraknya yang istimewa diletakkan ke dalam beg Benyamin. Tidak lama selepas mereka berangkat, Yusuf menghantar hamba-hambanya untuk mengejar mereka. Apabila hamba-hamba Yusuf menemui mereka, hamba-hamba Yusuf berkata, “Mengapakah kamu mencuri cawan perak tuan kami?”

“Kami tidak mencuri cawannya,” jawab adik-beradik Yusuf. “Sekiranya salah seorang daripada kami didapati mempunyai cawan itu, biarlah dia dibunuh.”

Jadi hamba-hamba Yusuf memeriksa beg-beg mereka. Seperti apa yang adik dapat lihat, cawan itu dijumpai di dalam beg Benyamin. Hamba-hamba itu berkata, “Kamu semua boleh pergi tetapi Benyamin mesti ikut kami.” Sekarang, apakah yang akan dilakukan oleh abang-abang Yusuf?

Mereka semua pergi ke rumah Yusuf bersama-sama Benyamin. Yusuf memberitahu abang-abangnya, “Kamu yang lain boleh pulang tetapi Benyamin mesti menjadi hambaku.”

Maka Yehuda berkata, “Jika saya pulang kepada bapa saya tanpa membawa budak ini, tentu bapa saya akan mati kerana dia sangat menyayanginya. Oleh itu saya mohon supaya dibenarkan tinggal di sini sebagai hamba tuan untuk menggantikan budak ini. Izinkanlah dia pulang ke pangkuan bapa saya.”

Yusuf sedar bahawa abang-abangnya telah mengubah sikap mereka. Mereka tidak jahat dan kejam lagi. Marilah kita lihat apa yang dilakukan oleh Yusuf sekarang.

Kejadian 42:9-38; 43:1-34; 44:1-34.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi