PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • bm bahagian 26 ms. 30
  • Firdaus Dipulihkan!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Firdaus Dipulihkan!
  • Bible—Apakah Mesejnya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Buku Wahyu—Apakah Maksudnya?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Siapakah yang Naik ke Syurga?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Buku Wahyu—Kaitannya dengan Masa Depan Anda
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Bible—Apakah Mesejnya?
bm bahagian 26 ms. 30
Yesus duduk di takhtanya dalam Kerajaan Tuhan

BAHAGIAN 26

Firdaus Dipulihkan!

Yehuwa menyucikan nama-Nya, menegakkan kedaulatan-Nya, dan membasmi segala kejahatan melalui Kerajaan yang diperintah oleh Kristus

BUKU yang terakhir di dalam Bible dipanggil buku Wahyu dan ditulis oleh Rasul Yohanes. Buku ini memberikan harapan kepada semua manusia dan mengandungi penglihatan-penglihatan yang memuncak dengan pelaksanaan tujuan Yehuwa.

Dalam penglihatan pertama, Yesus yang telah dibangkitkan memberi pujian dan menegur beberapa buah sidang Kristian. Dalam penglihatan yang seterusnya, kita dibawa ke hadirat Tuhan, iaitu di hadapan takhta-Nya. Di situ, makhluk-makhluk roh sedang memberi-Nya pujian.

Seraya tujuan Tuhan terus berkembang maju, Anak Bebiri, iaitu Yesus Kristus menerima gulungan naskhah dengan tujuh buah meterai. Empat meterai yang pertama dibuka dan penunggang-penunggang kuda simbolik meluru ke pentas dunia. Penunggang pertama ialah Yesus Kristus. Dia ditabalkan sebagai Raja dan sedang menunggang seekor kuda putih. Seterusnya, penunggang-penunggang dengan kuda yang berlainan warna muncul. Hal ini melambangkan peperangan, kebuluran, dan wabak penyakit yang akan berlaku pada hari-hari terakhir sistem dunia ini. Pembukaan meterai yang ketujuh disusuli tiupan tujuh trompet simbolik yang melambangkan penghebahan berita penghakiman Tuhan. Peristiwa-peristiwa ini pula membawa kepada tujuh tulah simbolik yang menandakan kemurkaan Tuhan.

Kerajaan Tuhan, yang digambarkan oleh seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan, ditubuhkan di syurga. Peperangan meletus di syurga dan Syaitan dengan malaikat-malaikatnya yang jahat dibuang ke bumi. “Malanglah bumi,” suara lantang dari syurga berkata. Iblis sangat marah kerana dia tahu bahawa masanya tinggal sedikit.​—Wahyu 12:12.

Yohanes nampak Yesus dilambangkan sebagai seekor anak bebiri di syurga. Bersama-sama Yesus ialah 144,000 orang yang dipilih daripada kalangan umat manusia. Mereka “akan memerintah bersama-sama” Yesus. Maka, buku Wahyu menyingkapkan bahawa bahagian kedua benih akan berjumlah 144,000 orang.​—Wahyu 14:1; 20:6.

Pemerintah-pemerintah bumi berkumpul ke Armagedon, iaitu ‘perang pada hari Tuhan Yang Maha Kuasa.’ Mereka melancarkan perang ke atas Yesus, iaitu penunggang kuda putih yang memimpin pasukan tentera di syurga. Semua pemerintah di bumi dibinasakan. Syaitan dirantai, dan Yesus dan 144,000 orang yang dipilih dari bumi akan memerintah bumi “selama seribu tahun.” Pada akhir 1,000 tahun itu, Syaitan akan dibinasakan.​—Wahyu 16:14; 20:4.

Apakah yang akan berlaku semasa Pemerintahan Seribu Tahun Kristus dan 144,000 orang yang memerintah dengannya? Yohanes memberitahu kita apa yang akan dinikmati oleh manusia yang taat kepada Tuhan. Dia menulis, “[Yehuwa] akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.” (Wahyu 21:4) Bumi akan menjadi sebuah firdaus!

Maka, buku Wahyu menyempurnakan mesej Bible. Melalui Kerajaan Mesias, nama Yehuwa disucikan dan kedaulatan-Nya ditegakkan secara sempurna untuk selama-lamanya!

​—Berdasarkan buku Wahyu.

  • Apakah yang dilambangkan oleh penunggang-penunggang kuda?

  • Apakah perkara dramatik yang berlaku seraya tujuan Tuhan berkembang maju?

  • Apakah Armagedon, dan apakah yang akan berlaku selepas terjadinya Armagedon?

BABILON BESAR

Dalam buku Wahyu, semua agama palsu yang menentang Tuhan yang benar dipanggil “Babel yang besar,” atau Babilon Besar. Sebagai satu kumpulan, semua agama palsu ini juga dipanggil “pelacur yang termasyhur” kerana dia menjualkan diri, atau melacurkan diri kepada kuasa-kuasa politik dunia ini. Buku Wahyu menunjukkan bahawa pada waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhan Yehuwa, kuasa-kuasa ini akan berpaling tadah dan membinasakannya.​—Wahyu 17:1-5, 16, 17.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi