PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 11 ms. 32-ms. 33 per. 2
  • Iman Abraham Diuji

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Iman Abraham Diuji
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kepercayaan Abraham Diuji
    Buku Cerita Bible Saya
  • Yehuwa Memanggilnya “Sahabat-Ku”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Abraham dan Sara Mendengar Cakap Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Adakah Anda Menantikan “Kota yang Mempunyai Asas yang Kukuh”?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 11 ms. 32-ms. 33 per. 2
Abraham dan Ishak berjalan ke Moria

CERITA 11

Iman Abraham Diuji

Abraham mengajar anaknya, Ishak, untuk mengasihi Yehuwa dan mempercayai semua janji-Nya. Namun, apabila Ishak berumur 25 tahun, Yehuwa menyuruh Abraham untuk melakukan sesuatu yang sangat susah. Apakah perkara itu?

Tuhan berfirman kepada Abraham, “Bawalah Ishak, anak tunggalmu, ke sebuah gunung di Moria. Persembahkanlah dia sebagai korban kepada-Ku di sana.” Walaupun Abraham tidak memahami sebabnya Yehuwa memberikan perintah itu, dia tetap taat kepada-Nya.

Keesokan paginya, Abraham membawa Ishak dan dua orang hambanya ke Moria. Setelah berjalan selama tiga hari, akhirnya mereka dapat melihat gunung itu. Abraham menyuruh hamba-hambanya untuk menunggu mereka, sementara dia dan Ishak pergi untuk mempersembahkan korban. Ishak membawa kayu api, dan Abraham membawa sebilah pisau. Ishak pun bertanya, “Mana biri-biri yang akan kita korbankan?” Abraham menjawab, “Anakku, Yehuwa akan menyediakannya untuk kita.”

Apabila mereka tiba di gunung itu, mereka membina sebuah mazbah. Kemudian, Abraham mengikat tangan dan kaki Ishak dan membaringkannya di atas mazbah.

Ishak diikat di atas mazbah, dan Abraham memegang sebilah pisau

Apabila Abraham mengambil pisaunya, malaikat Yehuwa memanggilnya dari langit, “Abraham! Jangan apa-apakan anak itu! Sekarang, saya tahu bahawa kamu beriman kepada Tuhan kerana kamu rela mengorbankan anak lelakimu.” Selepas itu, Abraham nampak seekor biri-biri jantan yang tanduknya tersangkut pada belukar. Dia segera membuka ikatan pada tangan dan kaki Ishak dan mempersembahkan biri-biri itu sebagai korban.

Sejak itu, Yehuwa memanggil Abraham sebagai sahabat-Nya. Tahukah adik mengapa? Sebab Abraham mengikut semua perintah Yehuwa, walaupun dia tidak memahami sebab Yehuwa menyuruhnya untuk berbuat demikian.

Abraham membuka ikatan Ishak

Yehuwa berjanji sekali lagi kepada Abraham, “Aku akan memberkatimu dan menggandakan keturunanmu.” Yehuwa juga berjanji untuk memberkati semua orang yang baik melalui keturunan Abraham.

“Tuhan begitu mengasihi dunia ini sehingga Dia memberikan Anak tunggal-Nya, supaya setiap orang yang beriman kepadanya tidak dibinasakan tetapi mendapat kehidupan kekal.”​—Yohanes 3:16

Soalan: Bagaimanakah Abraham membuktikan bahawa dia percaya kepada Yehuwa? Apakah yang dijanjikan Yehuwa kepada Abraham?

Kejadian 22:1-18; Ibrani 11:17-19; Yakobus 2:21-23

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi