PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 47 ms. 114-ms. 115 per. 3
  • Yehuwa Menguatkan Elia

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yehuwa Menguatkan Elia
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dia Mendapat Kelegaan daripada Tuhannya
    Tirulah Iman Mereka
  • Pernahkah Adik Berasa Sunyi dan Takut?
    Ajarlah Anak Anda
  • Dia Bertabah sampai Akhir
    Tirulah Iman Mereka
  • Dia Berjaga-jaga, dan Dia Menunggu
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 47 ms. 114-ms. 115 per. 3
Elia berdiri di luar gua di Gunung Horeb dan mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat Tuhan

CERITA 47

Yehuwa Menguatkan Elia

Izebel naik marah setelah mendengar apa yang berlaku kepada nabi Baal. Jadi, dia menghantar pesanan ini kepada Elia: “Esok kamu akan mati seperti para nabi Baal.” Elia berasa sangat takut dan melarikan diri ke padang gurun. Dia berdoa, “Yehuwa, cukuplah. Saya tidak tahan lagi. Biarlah saya mati.” Oleh sebab terlalu penat, Elia tertidur di bawah pokok.

Tiba-tiba, satu malaikat menyentuhnya dan berkata, “Bangunlah dan makan.” Elia nampak seketul roti di atas batu-batu yang panas dan sebuah bekas berisi air. Dia makan dan minum lalu tidur semula. Selepas itu, malaikat Yehuwa membangunkannya lagi dan berkata, “Makanlah supaya kamu dapat bertahan semasa perjalanan yang jauh nanti.” Jadi, Elia makan lagi. Selepas itu, dia berjalan selama 40 hari dan 40 malam sehingga sampai di Gunung Horeb. Di sana, dia tidur di dalam sebuah gua. Kemudian, Yehuwa berfirman, “Elia, apa yang kamu buat di sini?” Elia menjawab, “Orang Israel memungkiri janji mereka. Mereka robohkan mazbah-Mu dan membunuh nabi-nabi-Mu. Sekarang, mereka mahu bunuh saya pula.”

Yehuwa memberitahu Elia, “Keluarlah dan berdirilah di gunung.” Selepas itu, angin kencang bertiup ke arah gua. Kemudian, gempa bumi berlaku dan api datang. Akhirnya, Elia mendengar suara yang tenang. Dia menutup mukanya dengan jubahnya lalu berdiri di mulut gua. Yehuwa menanya Elia mengapa dia melarikan diri. Elia menjawab, “Hanya saya saja yang tinggal.” Tetapi, Yehuwa memberitahunya, “Kamu tidak keseorangan. Masih ada 7,000 orang di Israel yang menyembah Aku. Lantiklah Elisa sebagai nabi untuk menggantikan kamu.” Elia segera melakukan apa yang disuruh Yehuwa. Jika adik melakukan apa yang diingini Yehuwa, adakah Yehuwa juga akan membantu adik? Sudah tentu. Sekarang, mari kita lihat apa yang berlaku semasa musim kemarau di Israel.

“Janganlah khuatir akan apa-apa pun. Dalam segala hal, nyatakanlah permohonan kamu kepada Tuhan melalui doa dan rayuan yang disertai ucapan syukur.”​—Filipi 4:6

Soalan: Mengapakah Elia melarikan diri? Apakah yang dikatakan Yehuwa kepadanya?

1 Raja-Raja 19:1-18; Roma 11:2-4

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi