PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 65 ms. 154-ms. 155 per. 1
  • Ester Menyelamatkan Bangsanya

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ester Menyelamatkan Bangsanya
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mordekhai dan Ester
    Buku Cerita Bible Saya
  • Dia Bertindak dengan Bijak dan Berani
    Tirulah Iman Mereka
  • Dia Membela Umat Tuhan
    Tirulah Iman Mereka
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 65 ms. 154-ms. 155 per. 1
Permaisuri Ester pergi ke halaman istana Raja Ahasweros yang dikawal dengan ketat

CERITA 65

Ester Menyelamatkan Bangsanya

Permaisuri Ester

Ester ialah seorang gadis Yahudi yang tinggal di kota Susan di Persia. Dia dibesarkan oleh sepupunya Mordekhai. Mordekhai bekerja untuk raja Persia yang bernama Ahasweros.

Raja menginginkan permaisuri yang baharu. Jadi, gadis-gadis yang paling cantik, termasuk Ester, dibawa ke istana. Akhirnya, Esterlah yang dipilih sebagai permaisuri. Namun, Mordekhai menyuruh Ester untuk merahsiakan asal usul dirinya.

Di kota itu, terdapat seorang lelaki yang sombong yang bernama Haman. Dia ialah ketua pegawai raja. Dia ingin semua orang bersujud kepadanya. Namun, Mordekhai enggan berbuat demikian. Jadi, Haman sangat marah dan ingin membunuhnya. Setelah mengetahui bahawa Mordekhai berbangsa Yahudi, dia merancang untuk membunuh semua orang Yahudi. Dia memberitahu raja, “Tuanku, orang Yahudi sangat berbahaya dan mesti dihapuskan.” Raja berkata, “Buatlah apa yang patut.” Maka, Haman menulis undang-undang ini: Semua orang Yahudi harus dibunuh pada hari ke-13 bulan Adar. Namun, Yehuwa sedang melihat apa yang berlaku.

Kemudian, Mordekhai memberitahu Ester tentang undang-undang baharu itu dan berkata, “Pergilah berjumpa dengan raja.” Ester berkata, “Sesiapa yang berjumpa dengan raja tanpa dijemput akan dibunuh. Sudah 30 hari raja tidak menjemput saya! Tapi saya akan pergi juga. Jika raja menghulurkan tongkat emasnya, saya tidak akan dihukum. Jika tidak, saya akan mati.”

Apabila Ester menghadap raja, raja menghulurkan tongkat emasnya. Kemudian, raja bertanya, “Apa yang Ester inginkan?” Ester menjawab, “Saya ingin jemput tuanku dan Haman untuk makan bersama hari ini.” Semasa jamuan itu, Ester menjemput mereka untuk makan bersama lagi pada keesokan hari. Semasa jamuan yang kedua, raja bertanya, “Apa yang boleh beta buat untuk Ester?” Ester berkata, “Tolong selamatkan saya dan bangsa saya. Ada orang ingin bunuh kami.” Raja bertanya, “Siapa yang ingin bunuh kamu?” “Hamanlah penjahat itu,” kata Ester. Raja Ahasweros naik marah lalu memerintahkan agar Haman dibunuh dengan segera.

Malangnya, undang-undang Haman tidak dapat dibatalkan. Jadi, raja pun melantik Mordekhai sebagai ketua atas semua pegawai. Mordekhai segera menulis undang-undang baharu yang membolehkan orang Yahudi untuk mempertahankan diri jika diserang. Pada hari ke-13 bulan Adar, orang Yahudi telah mengalahkan musuh mereka. Sejak itu, mereka mengadakan perayaan setiap tahun untuk mengenang peristiwa ini.

“Kamu akan dihadapkan kepada gabenor dan raja kerana aku. Maka kamu akan berpeluang untuk memberikan kesaksian kepada mereka dan bangsa-bangsa lain.”​—Matius 10:18

Soalan: Apakah rancangan Haman yang jahat? Bagaimanakah Ester menunjukkan iman terhadap Yehuwa?

Ester 2:5-20; 3:1–5:8; 7:1–8:14; 9:1-28

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi