PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 74 ms. 176-ms. 177 per. 4
  • Yesus Menjadi Mesias

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Menjadi Mesias
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yohanes Membaptiskan Yesus
    Buku Cerita Bible Saya
  • Yesus Dibaptis
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yohanes Mempersiapkan Orang untuk Kedatangan Mesias
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Siapakah Yesus Kristus?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 74 ms. 176-ms. 177 per. 4
Selepas Yesus dibaptis oleh Yohanes, kuasa suci Tuhan turun seperti burung merpati ke atasnya

CERITA 74

Yesus Menjadi Mesias

Yohanes telah menyebarkan berita ini: “Seseorang yang lebih berkuasa daripada saya akan datang.” Sewaktu Yesus berumur 30 tahun, dia membuat perjalanan dari Galilea ke Sungai Yordan. Di sana, Yohanes sedang membaptiskan orang. Jadi, Yesus menyuruh Yohanes untuk membaptiskannya. Tetapi, Yohanes berkata, “Tidak. Kamulah yang harus membaptis saya.” Yesus memberitahunya, “Yehuwa ingin kamu membaptis saya.” Maka, Yohanes pun membaptiskan Yesus dengan membenamkannya ke dalam Sungai Yordan.

Apabila Yesus keluar dari air, dia berdoa. Pada masa itu, langit terbuka dan kuasa suci Tuhan turun seperti burung merpati ke atasnya. Kemudian, kedengaran suara Yehuwa dari syurga yang berkata, “Kamulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Aku berkenan kepadamu.”

Yesus menjadi Kristus, atau Mesias, apabila kuasa suci Tuhan turun ke atasnya. Sekarang, dia akan melakukan tugas yang diberikan oleh Yehuwa.

Selepas Yesus dibaptis, dia menghabiskan masa 40 hari di padang belantara. Setelah dia pulang, dia berjumpa dengan Yohanes. Apabila Yohanes melihat Yesus, dia berkata, “Lihat, Anak Bebiri Tuhan yang menghapuskan dosa dunia.” Yohanes ingin memberitahu orang bahawa Yesus ialah Mesias. Adakah adik tahu apa yang berlaku kepada Yesus semasa di padang belantara? Mari kita lihat cerita yang seterusnya.

“Kemudian, kedengaran suara dari langit yang berkata, ‘Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Aku berkenan kepadamu.’”​—Markus 1:11

Soalan: Mengapakah Yesus dibaptis? Mengapakah Yohanes menggelar Yesus sebagai Anak Bebiri Tuhan?

Matius 3:13-17; Markus 1:9-11; Lukas 3:21-23; Yohanes 1:29-34; Yesaya 42:1; Ibrani 10:7-9

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi