PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 101 ms. 234-ms. 235 per. 4
  • Paulus Dihantar ke Roma

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Paulus Dihantar ke Roma
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jadilah Berani kerana Yehuwa ialah Penolongmu!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • ‘Tiada Seorang pun yang Akan Kehilangan Nyawa’
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • “Memberikan Kesaksian yang Menyeluruh”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • “Aku Minta Diadili oleh Kaisar!”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 101 ms. 234-ms. 235 per. 4
Paulus dan sesetengah orang berenang ke Pulau Malta; yang lain pula memegang bahagian kapal yang telah hancur sehingga mereka sampai ke Pulau Malta

CERITA 101

Paulus Dihantar ke Roma

Perjalanan Paulus yang ketiga berakhir di Yerusalem. Selepas itu, dia ditangkap dan dipenjarakan. Dalam suatu penglihatan, Yesus berkata kepadanya, “Kamu akan menginjil di Roma.” Kemudian, Paulus dibawa ke Kaisarea dan dipenjarakan selama dua tahun. Semasa menghadap Gabenor Festus, Paulus berkata, “Saya mahu diadili oleh Kaisar di Roma.” Gabenor itu menjawab, “Kamu minta diadili oleh Kaisar, maka kamu akan pergi kepada Kaisar.” Jadi, Paulus, Lukas, dan Aristarkhus, dibawa ke Roma dengan menaiki kapal.

Dalam perjalanan ke Roma, ribut yang kencang melanda selama berhari-hari. Semua orang berfikir bahawa mereka akan mati. Tetapi Paulus berkata, “Dalam mimpi saya, satu malaikat berkata, ‘Jangan takut. Kamu akan tiba di Roma. Semua orang dalam kapal akan selamat.’ Bertabahlah! Kita tidak akan mati.”

Ribut itu berterusan selama 14 hari. Akhirnya, mereka melihat Pulau Malta. Kapal mereka hancur selepas terlanggar dasar laut, tetapi kesemua 276 orang dalam kapal itu terselamat. Ada yang berenang, manakala yang lain memegang bahagian kapal yang masih terapung sehingga mereka sampai ke pulau itu. Penduduk Pulau Malta menjaga mereka dan menyalakan api supaya mereka dapat memanaskan badan.

Tiga bulan kemudian, Paulus dibawa ke Roma dengan menaiki kapal yang lain. Di Roma, saudara-saudara menyambut Paulus. Semasa melihat mereka, Paulus menjadi lebih tabah lalu bersyukur kepada Yehuwa. Selama dua tahun, Paulus ditahan di rumah yang dikawal oleh seorang askar. Banyak orang datang untuk melawatnya. Jadi, dia mengajar mereka tentang Kerajaan Tuhan dan Yesus. Paulus juga menulis surat kepada sidang-sidang di Asia Kecil dan Yudea. Sememangnya, Yehuwa telah menggunakan Paulus untuk menyebarkan berita baik ke merata tempat.

“Dalam segala hal kami menunjukkan bahawa kami ialah hamba Tuhan: Kami tabah menghadapi banyak cubaan, kesengsaraan, dan kesusahan. Ada masanya kami serba kekurangan.”​—2 Korintus 6:4

Soalan: Mengapakah Gabenor Festus menghantar Paulus ke Roma? Apakah yang berlaku kepada Paulus semasa dalam perjalanan ke Roma?

Kisah 21:30; 23:11; 25:8-12; 27:1–28:31; Roma 15:25, 26

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi