PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w13 15/8 ms. 8
  • Pertanyaan Pembaca

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pertanyaan Pembaca
  • Menara Pengawal—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara Memperlakukan Individu yang Telah Disingkirkan
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • Lebih Mengasihi Yehuwa daripada Keluarga Sendiri
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Semasa Orang Tersayang Anda Meninggalkan Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Mengapa Penyingkiran ialah Aturan yang Penuh Kasih
    Menara Pengawal—2015
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2013
w13 15/8 ms. 8

PERTANYAAN PEMBACA

Wajarkah ibu bapa Kristian duduk bersama anak yang telah disingkirkan semasa perjumpaan?

Janganlah terlalu risau tentang di mana orang yang telah disingkirkan akan duduk di Dewan Perjumpaan. Bahan bacaan kita menggalakkan ibu bapa Kristian untuk memberikan bantuan rohani kepada anak mereka yang telah disingkirkan tetapi masih tinggal serumah. Menurut majalah The Watchtower terbitan 1 Oktober 2001, muka 16 hingga 18, ibu bapa boleh mengadakan pembelajaran Bible dengan anak di bawah umur yang tinggal serumah. Dengan ini, dia dapat digalakkan untuk mengubah haluannya.

Adalah wajar jika anak di bawah umur yang telah disingkirkan duduk bersama ibu bapanya di Dewan Perjumpaan selagi dia tidak mengganggu orang lain. Orang yang disingkirkan tidak perlu duduk di belakang dewan. Maka tiada masalah jika anak yang disingkirkan duduk bersama ibu bapanya. Ibu bapa yang prihatin terhadap kerohanian anak akan memastikan bahawa dia memanfaatkan perjumpaan dengan sepenuhnya. Mereka dapat berbuat demikian dengan duduk bersama anak, dan bukannya membiarkan dia duduk bersendirian.

Bagaimana pula jika anak yang disingkirkan tidak lagi tinggal bersama ibu bapanya? Adakah hal ini bererti dia tidak boleh duduk bersama mereka? Berkenaan pergaulan dengan ahli keluarga yang telah disingkirkan dan tidak tinggal serumah, bahan bacaan kita telah menyatakan sikap yang sepatutnya diperlihatkan oleh orang Kristian.a Ahli keluarga yang duduk bersama anak yang telah disingkirkan tidak bererti mereka mencari peluang untuk bergaul dengannya. Jika keluarga Kristian yang setia mempunyai sikap yang betul terhadap ahli keluarga yang disingkirkan, dan berusaha menuruti prinsip Bible tentang pergaulan dengannya, kita tidak perlu risau tentang hal ini.—1 Kor. 5:11-13; 2 Yoh. 11.

Jika seseorang yang telah disingkirkan ingin duduk bersebelahan ahli keluarganya atau saudara saudari lain, kita tidak perlu risau selagi dia berkelakuan baik. Ada kalanya mengehadkan di mana seseorang duduk akan menimbulkan pelbagai masalah. Jika ahli keluarga berusaha mematuhi prinsip Bible tentang orang yang disingkirkan, dan saudara saudari yang lain pun tidak tersandung, janganlah kita membesar-besarkan isu tempat duduk semasa menghadiri perjumpaan Kristian.

a Lihat buku Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan, muka 237-239.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi