PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 1/1 ms. 3
  • Adakah Kematian Akhir Segalanya?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Kematian Akhir Segalanya?
  • Menara Pengawal—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapakah Manusia Mati?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Apakah yang Berlaku kepada Kita selepas Mati?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Semuanya Jadi Baharu
    Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa
Menara Pengawal—2014
w14 1/1 ms. 3
Seorang pejalan kaki mati dalam kemalangan jalan raya

TOPIK UTAMA | ADAKAH KEMATIAN AKHIR SEGALANYA?

Keperitan Akibat Kematian

Kematian merupakan topik yang tidak menyenangkan. Ramai orang tidak suka bercakap tentang hal ini. Tetapi, lambat laun, kita harus menghadapinya. Keperitan akibat kematian amat menyakitkan.

Tiada apa pun yang dapat membantu kita untuk bersedia menghadapi kematian ibu bapa, pasangan hidup, atau anak kerana tragedi boleh berlaku bila-bila sahaja, tanpa belas kasihan. Sememangnya, keperitan akibat kematian tidak dapat dielakkan dan akibatnya boleh menghancurkan.

Selepas kematian bapanya dalam sebuah kemalangan jalan raya, Antonio berkata, “Perasaannya adalah seperti rumah anda telah dikunci dan dirampas. Anda tidak dapat pulang ke rumah walaupun hanya untuk seketika. Yang tinggal hanyalah kenangan. Anda tidak dapat menerima hakikatnya kerana semuanya nampak tidak adil, namun anda tidak mempunyai pilihan.”

Dorothy juga mengalami kehilangan yang sama. Dia telah menjadi janda semasa berumur 47 tahun dan dia bertekad untuk mencari jawapan mengenai kematian. Sebagai guru sekolah minggu, dia mengajar bahawa kematian bukan akhir bagi segalanya. Tetapi dia sendiri tidak mempunyai jawapan yang jelas mengenai hal ini. Dia bertanya kepada pemimpin gereja Anglikan, “Apakah yang terjadi sewaktu kita mati?” Jawapan yang diberikan, “Tiada sesiapa pun yang tahu. Kita hanya perlu tunggu dan lihat.”

Benarkah kita hanya perlu “tunggu dan lihat”? Adakah kita mempunyai cara lain untuk mengetahui dengan pasti sama ada kematian mengakhiri segalanya?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi