PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 1/7 ms. 3
  • Perkara Buruk Selalu Berlaku!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Perkara Buruk Selalu Berlaku!
  • Menara Pengawal—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapakah Perkara Buruk Berlaku kepada Orang Baik?
    Menara Pengawal—2014
  • Adakah Tuhan Bertanggungjawab atas Penderitaan Kita?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Pengenalan
    Sedarlah!—2020
  • Siapakah Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2014
w14 1/7 ms. 3

TOPIK UTAMA | MENGAPA PERKARA BURUK TERJADI KEPADA ORANG BAIK?

Perkara Buruk Selalu Berlaku!

Ahli keluarga yang sangat sedih

Smitaa ialah seorang wanita berumur 35 tahun di Dhaka, Bangladesh. Dia seorang yang penyayang, rajin dan ceria serta suka membantu orang mengenal Tuhan. Keluarga dan sahabatnya terkejut apabila dia jatuh sakit dan meninggal dalam masa kurang daripada seminggu!

James dan isterinya yang berumur 30-an juga mempunyai perwatakan seperti Smita. Pada suatu masa, mereka pergi melawat kawan-kawan di pantai barat Amerika Syarikat. Namun, mereka tidak kembali ke rumah mereka di New York. Mereka terkorban dalam kemalangan jalan raya. Keluarga dan rakan sekerja sangat merindui mereka.

Adakah peristiwa buruk sebegini berlaku di tempat anda? Peperangan meragut nyawa orang awam serta askar. Ramai menjadi mangsa jenayah dan kekejaman. Kemalangan, penyakit, dan bencana alam mengancam nyawa orang tanpa mengira umur atau taraf hidup. Prasangka dan ketidakadilan juga berleluasa. Mungkin anda sendiri pernah mengalaminya.

Maka, anda mungkin tertanya:

  • Mengapakah perkara buruk berlaku?

  • Adakah Tuhan menyebabkannya?

  • Adakah malapetaka berlaku secara kebetulan, atau disebabkan oleh manusia?

  • Adakah hal ini disebabkan oleh Karma?b

  • Jika Tuhan Yang Maha Kuasa wujud, mengapakah Dia tidak melindungi orang baik daripada bahaya?

  • Adakah kejahatan dan penderitaan akan berakhir?

Untuk mendapat jawapannya, kita perlu memahami dua perkara: Mengapakah peristiwa buruk berlaku, dan apakah yang akan Tuhan lakukan?

a Nama-nama telah diubah.

b Karma ialah kepercayaan bahawa dosa pada kehidupan lampau menyebabkan seseorang menderita sekarang.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi