PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w19 April ms. 31
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Bahan yang Berkaitan
  • ‘Tiada Seorang pun yang Akan Kehilangan Nyawa’
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
w19 April ms. 31
Rasul Paulus bercakap kepada seorang pekerja berhampiran sebuah kapal dagang

Tahukah Anda?

Bagaimanakah orang pada zaman lampau membuat perjalanan melalui kapal laut?

PADA zaman Paulus, kapal yang dikhaskan untuk penumpang biasanya tidak wujud. Untuk menaiki kapal ke destinasinya, seorang penumpang perlu bertanya kepada orang lain tentang kapal dagang yang akan pergi ke sana dan yang sanggup mengambilnya. (Kis. 21:2, 3) Jika sesebuah kapal tidak dapat membawa penumpang itu terus ke destinasinya, dia boleh turun di salah satu tempat persinggahan dan menaiki kapal lain ke destinasinya.​—Kis. 27:1-6.

Kapal-kapal hanya akan belayar pada musim tertentu dan jarang berlepas mengikut jadual. Anak-anak kapal akan berlepas hanya ketika mereka melihat cuaca yang baik dan keadaan angin yang sesuai. Selain itu, jadual pelayaran mereka dipengaruhi kepercayaan karut. Contohnya, jika anak-anak kapal nampak burung gagak hinggap di tali layar dan berkoak-koak, atau terlihat kapal lain terkandas di pantai, mereka akan menganggapnya sebagai petanda buruk lalu menunda pelayaran mereka. Oleh itu, setelah menjumpai kapal yang dapat dinaiki, seorang penumpang akan membawa barang-barangnya ke kawasan sekitar pelabuhan dan menunggu pengumuman bahawa kapal itu akan berlepas.

“Negeri Roma pula mempunyai kemudahan supaya para penumpang tidak perlu bertanya dari kapal ke kapal,” kata Lionel Casson, seorang sejarawan. “Pelabuhannya terletak di muara Sungai Tiber. Di pekan Ostia yang berdekatan, terdapat dataran besar yang dikelilingi pejabat. Banyak antara pejabat itu dimiliki syarikat perkapalan dari pelbagai tempat, seperti dari Narbonne [negara Perancis sekarang], Carthage [negara Tunisia sekarang], . . . dan sebagainya. Oleh itu, penumpang hanya perlu bertanya di pejabat syarikat perkapalan yang berkenaan.”

Perjalanan laut memang menjimatkan masa, tetapi ada risikonya juga. Pernah beberapa kali, kapal yang dinaiki Paulus karam semasa perjalanannya sebagai mubaligh.​—2 Kor. 11:25.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi