Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk bulan Februari: Draw Close to Jehovah. Jika sidang tidak mempunyai buku ini, edisi lama Revelation Climax atau sebuah buku lama yang lain boleh ditawarkan. Mac: Buku Bible Teach. Berikhtiarlah untuk memulakan pembelajaran Bible. April dan Mei: Dua majalah tempatan. Apabila kita kembali untuk mengunjungi mereka yang berminat, termasuk mereka yang menghadiri Peringatan dan/atau acara teokratik lain tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang, berusahalah untuk meninggalkan buku Bible Teach dengan tujuan memulakan pembelajaran Bible.
◼ Setiausaha dan penyelia aktiviti penyebaran harus menyemak semula aktiviti semua perintis biasa. Sekiranya ada yang menghadapi kesukaran untuk memenuhi jumlah masa yang telah ditetapkan, para penatua harus menyediakan bantuan yang diperlukan. Untuk mendapatkan cadangan, rujuk semula surat-surat tahunan S-201.
◼ Ceramah umum istimewa untuk musim Peringatan 2007 bertajuk “Anda Boleh Berasa Selamat dalam Dunia Ini Yang Sarat Dengan Masalah!” Lihat pengumuman yang berkaitan dengan ceramah ini dalam Kerja Teokratik Kita (E) Oktober 2006.