Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk bulan Julai dan Ogos: Mana-mana brosur 32 halaman yang berikut: A Book for All People, The Government That Will Bring Paradise, Does God Really Care About Us?, Keep on the Watch!, A Satisfying Life—How to Attain It, Everlasting Life in Paradise!, “Look! I Am Making All Things New”, The Divine Name That Will Endure Forever, What Is the Purpose of Life? How Can You Find It?, Spirits of the Dead—Can They Help You or Harm You? Do They Really Exist?, Should You Believe in the Trinity?, dan When Someone You Love Dies. September: What Does the Bible Really Teach? Berikhtiarlah untuk memulakan pembelajaran Bible pada kunjungan pertama. Bagi penghuni yang telah pun mempunyai bahan bacaan ini, tunjukkan bagaimana mereka dapat memanfaatkan buku ini dengan menunjukkan pembelajaran Bible secara ringkas. Oktober: Dua majalah tempatan.
◼ Memandangkan bulan September mempunyai lima hari Sabtu dan lima hari Ahad, kita mempunyai peluang yang baik untuk menyertai khidmat perintis sokongan pada bulan ini.
◼ Bermula dari bulan September, para penyelia litar akan menyampaikan ceramah umum yang bertajuk “Apakah yang Membuktikan Kebolehpercayaan Bible?”
◼ Sidang-sidang dinasihatkan supaya menyerahkan permohonan-permohonan khidmat perintis biasa kepada pejabat cawangan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh permulaan yang dimohon. Setiausaha sidang patut menyemak semula borang-borang tersebut untuk memastikan bahawa borang-borang itu diisi dengan lengkap. Jika pemohon tidak dapat mengingati tarikh sebenar hari pembaptisan mereka, mereka patut menganggarkan tarikhnya dan menyimpan rekod tentang tarikh itu. Setiausaha patut mencatatkan tarikh ini pada kad Congregation’s Publisher Record (S-21) [Rekod Penyiar Sidang].
◼ Inventori tahunan untuk semua bahan bacaan dan majalah yang masih ada patut dibuat pada 31 Ogos 2007 atau pada satu tarikh yang dekat dengan tarikh tersebut. Inventori ini agak sama dengan penghitungan sebenar bulanan yang dilakukan oleh koordinator bahan bacaan. Sila isikan jumlahnya pada borang Monthly Movement of Literature [Pengaliran Bahan Bacaan Bulanan] (S-28). Jumlah majalah yang masih ada patut didapati daripada saudara(-saudara) yang membantu menguruskan majalah. Setiausaha daripada sidang penyelaras patut menyelia inventori ini. Dia dan koordinator badan penatua daripada sidang penyelaras akan menandatangani borang ini. Sila kirimkan satu salinan borang ini kepada pejabat cawangan selewat-lewatnya pada 6 September. Simpan salinan asal untuk rekod anda.