PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 2/08 ms. 8
  • Bukti akan Kepercayaan yang Teguh!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bukti akan Kepercayaan yang Teguh!
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Kita Sedang Hidup pada “Hari-hari Terakhir”?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Adakah Akhir Dunia Sudah Dekat?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Kerja Teokratik Kita—2008
km 2/08 ms. 8

Bukti akan Kepercayaan yang Teguh!

1 Hawari-hawari Yesus mendengar dengan penuh perhatian semasa dia berbicara tentang kehadirannya dan penghujung sistem dunia ini. Umat manusia akan ditimpa peristiwa-peristiwa yang menggelisahkan seperti peperangan, kebuluran, gempa bumi, dan wabak penyakit. Seterusnya, Yesus mengatakan bahawa pengikut-pengikutnya akan menjadi sasaran kebencian, mengalami kesengsaraan, dan dibunuh. Penubuat-penubuat palsu akan muncul dan menyesatkan ramai orang. Kasih kebanyakan orang akan menjadi dingin.

2 Setelah hawari-hawari Yesus mendengar nubuat-nubuat ini, mereka tentu berasa terkejut apabila Yesus kemudiannya mengatakan bahawa berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh dunia. (Mat. 24:​3-14) Hari ini, kita dapat melihat bahawa nubuat yang penting ini telah menjadi kenyataan. Hal ini sungguh menakjubkan! Walaupun kita hidup pada masa yang berbahaya, Saksi-Saksi Yehuwa mengumumkan berita baik dengan semangat yang membara. Seraya kasih kebanyakan orang kian menjadi dingin, kasih kita pula kian menjadi hangat. Meskipun dibenci oleh “semua orang,” kita masih menyebarkan berita baik ini di hampir setiap negara.

3 Muka surat 3 hingga 6 mengandungi laporan aktiviti Saksi-Saksi Yehuwa untuk tahun aktiviti penyebaran 2007. Betapa banyaknya galakan yang diperoleh apabila kita mengkaji laporan ini! Selama 16 tahun berturut-turut, lebih daripada satu bilion jam telah dihabiskan setiap tahun untuk kerja penyebaran dan kerja menjadikan orang murid Yesus.[1] Sudah pasti kenyataan ini membuktikan bahawa Saksi-Saksi Yehuwa mempunyai kepercayaan yang teguh! Terdapat peningkatan sebanyak 5.8 peratus untuk jumlah perintis, 3.1 peratus untuk jumlah penyiar, dan 4.4 peratus untuk jumlah pembelajaran Bible.[2] Mereka yang dibaptis meningkat sebanyak 20.1 peratus berbanding dengan tahun aktiviti penyebaran 2006.[3] Tentunya hati kita melonjak kegembiraan apabila melihat hampir tujuh juta orang sedang berkhidmat kepada Yehuwa dengan setia​—angka yang tidak pernah dicatat dalam sejarah manusia! Semasa anda meneliti laporan tersebut, apakah yang khususnya menggalakkan anda?

4 Catatan angka-angka ini sungguh mengagumkan. Namun, jangan lupa bahawa statistik ini mewakili para penyiar yang telah membuktikan kepercayaan mereka. Perhatikan contoh yang berikut. Guillermo membesar di negara Bolivia. Dia dilahirkan pada tahun 1935. Semenjak dia berusia sembilan tahun, dia bekerja di sebuah ladang koka. (Koka ialah sejenis daun yang digunakan untuk menghasilkan kokain.) Sejak kecil lagi, dia mengunyah daun koka untuk mendapat kelegaan akibat penderitaan yang dialaminya sebagai seorang buruh kasar. Kemudian, dia menyalahgunakan alkohol dan merokok. Semasa dia mula belajar tentang apa yang dihendaki oleh Yehuwa daripadanya, Guillermo berhenti merokok. Selepas itu, dia berhenti menyalahgunakan alkohol. Cabaran yang paling besar baginya adalah untuk menghentikan ketagihan mengunyah daun koka yang merupakan tabiatnya selama ini. Dia berdoa tanpa berputus asa dan berjaya mengatasi masalah ini. Selepas mengatasi semua tabiat buruknya, dia telah dibaptiskan. Dia berkata, “Kini, saya berasa bersih dan sangat gembira.” [4]

5 Yehuwa benar-benar mengambil berat tentang manusia. Keinginan-Nya adalah agar semua orang bertaubat daripada dosa. (2 Ptr. 3:⁠9) Kita juga mempunyai keinginan yang sama. Semoga hati kita menggerakkan kita untuk berusaha dengan sedaya upaya untuk terus membantu mereka yang berhati jujur. Dengan berbuat demikian, mereka boleh mengenali dan mengasihi Yehuwa seperti kita.

[Soalan Pembelajaran]

1. Apakah peristiwa-peristiwa yang menggelisahkan yang telah dinubuatkan oleh Yesus?

2. Mengapakah penyebaran berita baik di serata dunia merupakan kerja yang sungguh menakjubkan?

3. Apakah catatan angka-angka dalam laporan aktiviti penyebaran sedunia yang menggalakkan anda?

4. Apakah masalah-masalah yang telah diatasi oleh Guillermo supaya dia dapat memenuhi kelayakan untuk pembaptisan?

5. Apakah keinginan anda?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi