Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan berikut akan dibincangkan di Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 29 Disember 2008. Penyelia sekolah akan mengendalikan ulang kaji lisan selama 20 minit berdasarkan bahan yang diliputi dalam tugasan-tugasan pada minggu bermula 3 November hingga 29 Disember 2008.
KUALITI PERTUTURAN
1. Mengapakah nasihat yang diberikan atas dasar kasih adalah berkesan? (Flm. 9) [be ms. 266 per. 1-3]
2. Bagaimanakah kita dapat menyemai atau menggugah keberanian dalam diri orang lain? [be ms. 268 per. 4–ms. 269 per. 2]
TUGASAN NO. 1
3. Bagaimanakah surat Paulus kepada Titus “baik dan berguna” bagi kita dewasa ini? (Tit. 3:8) [si ms. 241 per. 8]
4. Mengapakah surat Petrus yang pertama ditulis tepat pada masanya? [si ms. 251 per. 1]
5. Apakah sepatutnya perasaan kita terhadap simbol atau lambang dalam buku Penyingkapan? [si ms. 263 per. 1]
PEMBACAAN BIBLE MINGGUAN
6. Apakah mungkin sebabnya Paulus mengaitkan “tidak boleh mengumpat” atau memfitnah dengan “tidak boleh . . . menjadi kaki botol” di Titus 2:3? [w94 6/15 ms. 20 per. 12]
7. Bible menyatakan bahawa Iblis “menguasai kematian.” Adakah ini bererti bahawa Syaitan berupaya menyebabkan kematian pramasa sesiapa pun yang diinginkannya? (Ibr. 2:14) [w08 10/15 “Firman Yehuwa Hidup—Sorotan daripada Surat-surat kepada Titus, kepada Filemon, dan kepada Orang Ibrani”]
8. Apakah “kota” yang dinantikan oleh Abraham? (Ibr. 11:10, 13-16) [w08 10/15 “Firman Yehuwa Hidup—Sorotan daripada Surat-surat kepada Titus, kepada Filemon, dan kepada Orang Ibrani”]
9. Apakah ertinya “suka akan kedamaian”? Apakah soalan-soalan yang boleh kita renungkan sehubungan dengan hal ini? (Yak. 3:17) [w08 3/15 ms. 24 per. 18]
10. Apakah maksud ungkapan “[Tuhan] lebih besar daripada hati” kita? (1 Yoh. 3:20) [w05 8/1 ms. 30 per. 19]