Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk April dan Mei: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Dua majalah tempatan. Semasa kembali untuk mengunjungi mereka yang berminat, termasuk mereka yang menghadiri sambutan Peringatan dan/atau acara teokratik yang lain tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang, berusahalah untuk menawarkan buku “Bible Ajarkan” (Bible Teach) dengan tujuan memulakan pembelajaran Bible. Jun: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Jika penghuni rumah sudah mempunyai buku ini, tawarkan mana-mana buku 192 muka surat yang mempunyai kertas yang sudah menguning atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1992. Julai: Para penyiar boleh menggunakan mana-mana brosur 32 muka surat yang berikut: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?, Kehidupan Abadi di Firdaus!, “Buku bagi Semua Orang” (A Book for All People), “Kehidupan yang Memuaskan” (A Satisfying Life—How to Attain It), “Adakah Tuhan Mengambil Berat” (Does God Really Care About Us?), “Berjaga-jagalah!” (Keep on the Watch!), “Lihatlah!” (“Look! I Am Making All Things New”), “Tritunggal” (Should You Believe in the Trinity?), “Roh Orang Mati” (Spirits of the Dead—Can They Help You or Harm You?), “Nama Tuhan” (The Divine Name That Will Endure Forever), “Kerajaan Tuhan” (The Government That Will Bring Paradise), “Tujuan Hidup” (What Is the Purpose of Life? How Can You Find It?), dan “Apabila Seseorang Meninggal” (When Someone You Love Dies).
◼ Usaha bersepadu akan dijalankan untuk menghebahkan konvensyen distrik dan konvensyen antarabangsa tahun 2009 yang akan berlangsung di seluas dunia. Para penyiar akan berpeluang untuk mengedarkan surat jemputan istimewa dalam kawasan penyebaran mereka. Kempen ini patut dijalankan selama tiga minggu sebelum bermulanya konvensyen yang akan dihadiri oleh sidang.
◼ Lencana konvensyen akan dibekalkan kepada semua penyiar melalui sidang. Wakil-wakil yang menghadiri konvensyen antarabangsa akan menggunakan lencana yang sama.