Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk Oktober: Dua majalah Malaysia. Jika penghuni menunjukkan minat, tunjukkan dan bincangkan risalah Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran? Jika mereka sudah mempunyai risalah ini, para penyiar patut berusaha memulakan satu pembelajaran Bible dengan menggunakan brosur Dikehendaki. November: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan” (What Does the Bible Really Teach?). Jika penghuni rumah sudah mempunyai buku ini, tawarkan mana-mana buku 192 muka surat yang mempunyai kertas yang sudah menguning atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1995. Disember: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Tokoh Terbesar” (The Greatest Man Who Ever Lived). Jika penghuni rumah mempunyai anak, tawarkan Kehidupan Abadi di Firdaus! Bahasa lain: Buku “Guru Agung” (Learn From the Great Teacher). Januari: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Jika penghuni rumah sudah mempunyai buku ini, tawarkan mana-mana buku 192 muka surat yang mempunyai kertas yang sudah menguning atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1995.
◼ Jadual Sekolah Penyebaran Teokratik tahunan tidak lagi disediakan sebagai sisipan Kerja Teokratik Kita. Sebaliknya, setiap sidang akan menerima jadual tahunan ini, dan satu salinan jadual harus ditampal pada papan kenyataan Dewan Perjumpaan. Satu lagi salinan akan disimpan oleh penyelia sekolah untuk kegunaannya semasa memberi tugasan. Setiap bulan, para penyiar akan terus menerima Kerja Teokratik Kita mereka yang mengandungi jadual mingguan untuk Pembelajaran Bible Sidang, Sekolah Penyebaran Teokratik, dan Perjumpaan Aktiviti Penyebaran.
◼ Bermula minggu 1 Mac 2010, buku “Pengikutku” (“Come Be My Follower”) akan dibincangkan semasa Pembelajaran Bible Sidang. Sidang-sidang yang memerlukan buku ini patut membuat pesanan semasa memesan bekalan bahan bacaan yang berikutnya.