Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk Februari: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? atau Kehidupan Abadi di Firdaus! Bahasa lain: Buku “Pencipta” (Is There a Creator Who Cares About You?), “Kebahagiaan Keluarga” (The Secret of Family Happiness), atau “Firman Tuhan” (The Bible—God’s Word or Man’s?). Mac: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan” (What Does the Bible Really Teach?) Para penyiar patut bermatlamat untuk memulakan pembelajaran Bible dengan penghuni rumah yang menerima atau yang sudah mempunyai bahan bacaan ini. April dan Mei: Majalah Malaysia. Semasa kembali untuk mengunjungi mereka yang berminat, termasuk mereka yang menghadiri sambutan Peringatan atau acara teokratik yang lain tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang, berusahalah untuk menawarkan brosur Dikehendaki dengan tujuan memulakan pembelajaran Bible. Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.”
◼ Selepas brosur Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? selesai dibincangkan semasa Pembelajaran Bible Sidang, kita akan membincangkan brosur Kehidupan Abadi di Firdaus! mulai minggu 7 Jun 2010 diikuti dengan brosur Bible−Apakah Mesejnya?