Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 22 Februari 2010. Penyelia sekolah akan mengendalikan ulang kaji selama 20 minit berdasarkan bahan yang diliputi dalam tugasan-tugasan pada minggu bermula 4 Januari hingga 22 Februari 2010.
1. Apakah faktor-faktor yang mungkin menyebabkan sesetengah orang Israel untuk berlengah-lengah dan tidak segera mengambil alih Tanah yang Dijanjikan? Apakah pengajarannya bagi kita? (Yos. 18:2, 3) [it-1 (E) ms. 359 per. 5]
2. Apakah yang telah mendorong Yosua untuk mengucapkan kata-kata di Yosua 24:14, 15? Bagaimanakah kata-katanya patut mempengaruhi kita? [w08 (E) 5/15 ms. 17-18 per. 4-6]
3. Bagaimanakah para penyembah Baal dan upacara penyembahan mereka menjadi perangkap dan umpan bagi orang Israel? (Hak. 2:3) [w08 (E) 2/15 ms. 27 per. 2-3]
4. Apakah yang dapat kita pelajari daripada Ehud yang menggunakan pedangnya dengan berani? (Hak. 3:16, 21) [w97 (E) 3/15 ms. 31 per. 4]
5. Bagaimanakah kita digalakkan apabila kita mempelajari cara Yehuwa menyelamatkan Gideon dan 300 orang anak buahnya? (Hak. 7:19-22) [w05 (E) 7/15 ms. 16 per. 8]
6. Yehuwa berasa “terharu melihat kesusahan yang dialami oleh umat Israel.” Apakah maksudnya? (Hak. 10:16) [cl (E) ms. 254-255 per. 10-11]
7. Semasa Yefta membuat ikrar, adakah dia bermaksud untuk mempersembahkan korban berupa manusia? (Hak. 11:30, 31, nota kaki) [w05 (E) 1/15 ms. 26 per. 1]
8. Adakah kekuatan Simson betul-betul berpunca daripada rambutnya? (Hak. 16:18-20) [w05 (E) 3/15 ms. 28 per. 5-6]
9. Apakah manfaatnya jika kita memahami perbuatan Simson yang menakjubkan seperti yang digambarkan di Hakim-Hakim 16:3? [w04 (E) 10/15 ms. 15-16 per. 7-8]
10. Apakah yang dapat kita pelajari daripada kisah yang tercatat di Hakim-Hakim 16:16? [w05 (E) 1/15 ms. 27 per. 5]