Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk Mac: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Para penyiar patut bermatlamat untuk memulakan pembelajaran Bible dengan penghuni rumah yang menerima atau yang sudah mempunyai bahan bacaan ini. April dan Mei: Majalah Malaysia. Semasa kembali untuk mengunjungi mereka yang berminat, termasuk mereka yang menghadiri sambutan Peringatan atau acara teokratik yang lain tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang, berusahalah untuk menawarkan brosur Dikehendaki dengan tujuan memulakan pembelajaran Bible. Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Jun: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Jika penghuni rumah sudah mempunyai buku ini, tawarkan mana-mana buku 192 muka surat yang mempunyai kertas yang sudah menguning atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1995.
◼ Terbitan majalah Malaysia yang baru patut diedarkan kepada para penyiar sebaik sahaja sidang menerimanya. Dengan ini, mereka dapat membaca dan mengenali isinya sebelum menawarkan majalah tersebut dalam kerja penyebaran
◼ Sambutan Peringatan akan diadakan pada hari Selasa, 30 Mac 2010. Lagu yang akan digunakan ialah lagu nombor 5 dan 8 daripada buku nyanyian baru. Jika sidang anda biasanya mengadakan perjumpaan pada hari Selasa, perjumpaan patut ditukar kepada hari yang lain pada minggu itu. Sekiranya Dewan Perjumpaan digunakan oleh banyak sidang dan jadual perjumpaan tidak dapat diubah, perjumpaan itu boleh dibatalkan. Jika begitu, bahagian-bahagian Perjumpaan Aktiviti Penyebaran yang khasnya sesuai untuk sidang anda, boleh dibincangkan semasa Perjumpaan Aktiviti Penyebaran yang lain.