Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 26 April 2010. Penyelia sekolah akan mengendalikan ulang kaji selama 20 minit berdasarkan bahan yang diliputi dalam tugasan-tugasan pada minggu bermula 1 Mac hingga 26 April 2010.
1. Apakah yang dimaksudkan oleh kata-kata Naomi bahawa “Tuhan Yang Maha Kuasa telah menghukum saya dengan banyak penderitaan”? (Rut 1:21) [w05-E 3/1 ms. 27 per. 1]
2. Apakah sifat-sifat Rut yang menjadikannya seorang “wanita yang baik budi pekerti”? (Rut 3:11) [w05-E 3/1 ms. 28 per. 6]
3. Bagaimanakah kata-kata Elkana “bukankah aku lebih berharga bagimu daripada sepuluh orang anak lelaki” menguatkan semangat isterinya? (1 Sam. 1:8) [w90-E 3/15 ms. 27 per. 5-6]
4. Mengapakah bangsa Israel tidak wajar memohon Yehuwa untuk melantik seorang raja? (1 Sam. 8:5) [w05-E 9/15 ms. 20 per. 17; it-2-E ms. 163 per. 1]
5. Bagaimanakah Samuel yang sudah “tua dan beruban” memberikan teladan yang baik dengan berdoa bagi pihak orang lain, dan apakah yang boleh kita pelajari daripada hal ini? (1 Sam. 12:2, 23) [w07-E 6/1 ms. 29 per. 14-15]
6. Mengapakah Saul memberi layanan istimewa kepada orang Keni? (1 Sam. 15:6) [w05-E 3/15 ms. 22 per. 10]
7. Mengapakah Saul bertanya kepada Daud, “Hai pemuda, anak siapakah kamu?” (1 Sam. 17:58) [w07-E 8/1 ms. 31 per. 3, 5]
8. Apakah yang boleh kita pelajari daripada cara Daud mengendalikan masalah serius yang timbul di Gat? (1 Sam. 21:12, 13) [w05-E 3/15 ms. 24 per. 4]
9. Bagaimanakah Yonatan memperlihatkan kasih dan kerendahan hati apabila dia perlu memberi galakan dan sokongan kepada sahabatnya Daud? (1 Sam. 23:17) [lv-E ms. 28 per. 10, nota kaki]
10. Apakah yang boleh kita pelajari daripada pertemuan Saul dengan pemanggil arwah di Endor? (1 Sam. 28:8-19) [w05-E 3/15 ms. 24 per. 7]