Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 28 Jun 2010. Penyelia sekolah akan mengendalikan ulang kaji selama 20 minit berdasarkan bahan yang diliputi dalam tugasan-tugasan pada minggu bermula 3 Mei hingga 28 Jun 2010.
1. Apakah yang boleh kita pelajari daripada David yang meratapi Abner? (2 Sam. 3:31-34) [w05-E 5/15 ms. 17 per. 6; w06-E 7/15 ms. 21 per. 9-10]
2. Apakah kesilapan yang dibuat oleh Natan, dan mengapakah Yehuwa tidak menolaknya sebagai penubuat? (2 Sam. 7:3) [rs-E ms. 134 per. 8]
3. Bagaimanakah 2 Samuel 7:14 digenapi? [it-1-E ms. 273 per. 3; it-2-E ms. 818 per. 2]
4. Bagaimanakah layanan Daud terhadap Mefiboset memperlihatkan kasih yang setia, dan bagaimanakah hal ini patut mempengaruhi kita? (2 Sam. 9:7) [w02-E 5/15 ms. 19 per. 5]
5. Apakah yang boleh kita pelajari daripada hubungan antara Itai orang Gat dengan Raja Daud? (2 Sam. 15:19-22) [w09-E 5/15 ms. 27-28]
6. Berdasarkan Bible, bagaimanakah kita boleh menjelaskan bahawa tuduhan Ziba terhadap Mefiboset adalah palsu? (2 Sam. 16:1-4) [w02-E 2/15 ms. 14-15 per. 11, nota kaki]
7. Semasa Daud menjemput Barzilai yang berusia 80 tahun untuk mengikutnya ke Yerusalem, mengapakah Barzilai mengesyorkan Kimham? (2 Sam. 19:33-37) [w07-E 6/1 ms. 24 per. 13]
8. Bagaimanakah kerendahan hati Yehuwa menjadikan Daud agung? (2 Sam. 22:36) [w07-E 11/1 ms. 5 per. 2; w04-E 11/1 ms. 29]
9. Mengapakah Adonia mencuba merampas takhta Daud semasa Daud masih hidup? (1 Raj. 1:5-6) [w05-E 7/1 ms. 28 per. 5]
10. Mengapakah Yehuwa mengabulkan doa Salomo untuk memperoleh kebijaksanaan dan daya penilaian? (1 Raj. 3:9) [w05-E 7/1 ms. 30 per. 2]