Pengumuman
◼ Bermula September, penyelia litar akan menyampaikan ceramah bertajuk “Jangan Lihat Perkara yang Sia-sia!”
◼ Tawaran bahan bacaan bagi Ogos: Para penyiar boleh menawarkan mana-mana brosur 32 muka surat yang berikut: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?, Kehidupan Abadi di Firdaus!, Bible—Apakah Mesejnya?, “Buku bagi Semua Orang” (A Book for All People), “Kehidupan yang Memuaskan” (A Satisfying Life—How to Attain It), “Adakah Tuhan Mengambil Berat” (Does God Really Care About Us?), “Berjaga-jagalah!” (Keep on the Watch!), “Lihatlah!” (“Look! I Am Making All Things New”), “Tritunggal” (Should You Believe in the Trinity?), “Roh Orang Mati” (Spirits of the Dead—Can They Help You or Harm You?), “Nama Tuhan” (The Divine Name That Will Endure Forever), “Kerajaan Tuhan” (The Government That Will Bring Paradise), “Tujuan Hidup” (What Is the Purpose of Life? How Can You Find It?), dan “Apabila Seseorang Meninggal” (When Someone You Love Dies). Tawarkan brosur-brosur yang mempunyai lebihan stok. September: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Berusaha seboleh-bolehnya untuk memulakan pembelajaran Bible pada kunjungan pertama. Oktober: Majalah Malaysia. Jika penghuni rumah berminat, tawarkan risalah Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran? dan mencuba memulakan satu pembelajaran Bible. November: Bible—Apakah Mesejnya? Butiran tentang kempen sedunia untuk menawarkan brosur ini akan diumumkan kemudian. Sidang boleh menawarkan brosur ini bersama dengan brosur berikut: “Buku bagi Semua Orang” (A Book for All People), “Kehidupan yang Memuaskan” (A Satisfying Life—How to Attain It), dan “Roh Orang Mati” (Spirits of the Dead—Can They Help You or Harm You? Do They Really Exist?)