Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan yang berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 28 Februari 2011. Penyelia sekolah akan mengendalikan ulang kaji selama 20 minit berdasarkan bahan yang diliputi dalam tugasan-tugasan pada minggu bermula 3 Januari hingga 28 Februari 2011.
1. Apakah yang telah dilakukan oleh Hizkia pada awal pemerintahannya? Bagaimanakah kita boleh menirunya? (2 Taw. 29:16-18) [w09-IN 15/6 ms. 9 per. 13]
2. Bagaimanakah 2 Tawarikh 36:21 membuktikan bahawa nubuat yang tercatat di Yeremia 25:8-11 telah digenapi? [w06-IN 15/11 ms. 32 per. 1-4]
3. Menurut bukti-bukti dalam Bible, tempoh pembinasaan Yerusalem yang menjangkau 70 tahun tamat tepat pada masanya. Bagaimanakah Ezra 3:1-6 menyokong hal ini? [w06-IN 15/1 ms. 19 per. 1]
4. Mengapakah Ezra terkejut ketika mendapat tahu bahawa orang Israel berkahwin dengan bangsa asing? (Ezr. 9:1-3) [w06-IN15/1 ms. 20 per. 1]
5. Siapakah “para pemimpin” atau pembesar? Apakah sikap mereka yang harus kita hindari? (Neh. 3:5) [w06-IN 1/2 ms. 9-10 per. 9; w86-IN s-22 ms. 21]
6. Bagaimanakah Gabenor Nehemia menjadi teladan yang baik bagi para penatua Kristian? (Neh. 5:14-19) [si-IN ms. 90 per. 16]
7. Apakah yang perlu kita lakukan agar tidak mengabaikan “Rumah Tuhan” seperti orang Israel pada zaman Nehemia? (Neh. 10:32-39) [w98-IN 15/10 ms. 21-22 per. 12]
8. Selepas merenungkan haluan hidup Nehemia, apakah soalan-soalan yang patut kita tanya diri sendiri? (Neh. 13:31) [w96-IN 15/9 ms. 16-17 per. 3]
9. Adakah Ester melakukan hubungan tidak bermoral dengan Raja Ahasyweros? (Est. 2:14-17) [w91-IN 1/1 ms. 31 per. 6]
10. Mengapakah Mordekhai enggan bersujud kepada Haman? (Est. 3:2, 4) [it-2-IN ms. 149-150 per. 9]