Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan bagi Mac: Buku “Bible Ajarkan.” Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk memulakan pembelajaran Bible. April dan Mei: Majalah Malaysia. Semasa kembali untuk mengunjungi mereka yang berminat, termasuk mereka yang menghadiri sambutan Peringatan atau acara teokratik yang lain tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang, berusahalah untuk menawarkan brosur Dikehendaki dengan tujuan memulakan pembelajaran Bible. Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Jun: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Jika penghuni rumah sudah mempunyai bahan bacaan ini, tawarkan mana-mana buku 192 muka surat yang mempunyai kertas yang sudah menguning atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1995.
◼ Program video “Saksi-Saksi Yehuwa—Diorganisasikan untuk Mengkhabarkan Berita Baik” (Jehovah’s Witnesses—Organized to Share the Good News) akan dibincangkan semasa Perjumpaan Aktiviti Penyebaran pada bulan Ogos. Jika perlu, DVD ini patut dipesan melalui sidang dengan secepat mungkin.