PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 3/11 ms. 3-4
  • Sepucuk Surat Daripada Badan Pimpinan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sepucuk Surat Daripada Badan Pimpinan
  • Kerja Teokratik Kita—2011
Kerja Teokratik Kita—2011
km 3/11 ms. 3-4

Sepucuk Surat Daripada Badan Pimpinan

Rakan-rakan sekepercayaan yang dikasihi,

Sekarang ini masa yang mendebarkan! Betapa gembiranya kami! Kami betul-betul bersukacita kerana dapat berganding bahu dengan anda semua, saudara dan saudari yang dikasihi, untuk memberikan kesaksian yang paling meluas dalam sejarah tentang Bapa kita yang di syurga, Yehuwa.—Zef. 3:9; Yoh. 14:12.

Meskipun kita menyembah Yehuwa dengan sukacita, kita juga dilanda banyak kesusahan. Sepanjang tahun aktiviti penyebaran yang lalu, ada dalam kalangan anda yang menghadapi kesusahan akibat gempa bumi, banjir, ribut taufan, dan bencana-bencana alam yang mengancam nyawa. (Mat. 24:7) Ramai yang terpaksa menderita saban hari kerana penyakit dan usia lanjut. Kita semua terpaksa mengalami penderitaan yang semakin teruk. (Mat. 24:8) Di beberapa buah negara, termasuk Armenia, Eritrea dan Korea Selatan, ramai saudara kami yang dipenjarakan kerana kepercayaan mereka.—Mat. 24:9.

Apakah yang membantu kita untuk terus bersikap positif meskipun dilanda pelbagai musibah? Ayat tahunan 2010 mengingatkan kita akan satu sebab yang penting: Kasih tabah menghadapi segalanya. Kasih itu abadi. (1 Kor. 13:7, 8) Oleh sebab kasih kita terhadap satu sama lain dan kasih kita kepada Yehuwa, kita telah diperkuat untuk menghadapi masalah dengan tabah.

Ramai yang mendakwa diri mereka Kristian berasa kagum apabila melihat kita menjalankan aktiviti penyebaran dengan begitu meluas dan tanpa henti. Meskipun mereka tidak menyetujui kepercayaan dan ajaran kita, ada daripada mereka yang tergerak untuk berkata, “Kamu semua sedang menjalankan kerja yang patut kami jalankan!” Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa dapat menjalankan kerja penyebaran hari demi hari? Sekali lagi, jawapannya ialah kasih. Seperti Bapa kita yang di syurga, kita tidak ingin sesiapa pun binasa. (2 Ptr. 3:9) Kita mahu semua orang bertaubat daripada dosa. Keinginan ini jelas kelihatan daripada angka tertinggi bagi bilangan penyiar pada tahun aktiviti penyebaran yang lalu, iaitu sebanyak 7,508,050 orang. Dapatkah anda menemui organisasi lain yang mempunyai begitu banyak penyebar yang menawarkan diri dengan penuh kasih untuk membantu orang lain secara rohani?

Kita juga digalakkan kerana melihat penggenapan nubuat Yesaya: “Pada masa hadapan bukit tempat Rumah [Yehuwa] akan menjadi bukit yang tertinggi antara segala bukit yang lain. Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana.” (Yes. 2:2-4) Mereka yang berduyun-duyun ke Rumah Yehuwa merangkumi 294,368 orang yang dibaptis pada tahun aktiviti penyebaran yang lalu. Kami mengalu-alukan saudara saudari ini ke dalam keluarga kami. Semoga kasih Kristian menggerakkan hati kita untuk membantu mereka menangkis serangan musuh kita, Syaitan Si Iblis.—1 Ptr. 5:8, 9.

Pada hari Selasa, 30 Mac 2010, sebanyak 18,706,895 orang telah menyertai sambutan Peringatan. Angka tertinggi yang baru ini menunjukkan bahawa masih terdapat jutaan orang lagi yang mungkin menyembah Yehuwa bersama kita. Kita benar-benar bersyukur kerana Yehuwa belum lagi mengakhiri sistem dunia yang fasiq ini! Sementara itu, kasih membantu kita agar terus bertabah.—2 Tes. 3:5.

Konvensyen Distrik “Tetaplah Berada di Sisi Yehuwa!” yang diadakan di serata dunia sepanjang tahun 2010, telah menguatkan hubungan kita dengan Bapa kita yang di syurga, Yehuwa. Betapa benarnya kata-kata penulis mazmur, ‘Berbahagialah umat yang Tuhan mereka Yehuwa!’ (Mzm. 144:15) Tidak kira apa yang berlaku pada masa hadapan, kita tidak perlu berasa takut jika Yehuwa berada di sisi kita. (Mzm. 23:4) Seketika lagi, Yehuwa akan “memusnahkan pekerjaan Iblis” menerusi Anak-Nya. (1 Yoh. 3:8) Kita menanti-nantikan kedatangan hari itu! Tetapi sebelum itu, kita masih ada banyak tugas yang perlu diselesaikan.—1 Kor. 15:58.

Saudara saudari sekalian, kami sentiasa berdoa bagi anda semua. (Rm. 1:9, 10) Semoga anda terus ‘hidup di bawah naungan kasih Tuhan sementara menantikan rahmat Tuan kita Yesus Kristus, yang akan menganugerahi anda hidup sejati dan kekal.’—Yud. 21.

Kami mengasihi anda semua!

Saudara-saudara anda,

Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa

[Jadual]

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PENYEBARAN 2010 BAGI SAKSI-SAKSI YEHUWA DI SERATA DUNIA

(Lihat bahan bacaan untuk sisipan yang berasingan)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi