Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan yang berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 31 Oktober 2011.
1. Jika seorang penyembah Yehuwa melukai hati kita, mengapakah kita tidak patut menjauhkan diri daripada sidang? (Mzm. 119:165) [lv ms. 38 per. 17]
2. Bagaimanakah kita boleh memupuk persahabatan yang bermanfaat di sidang? (Mazmur 133:1) [lv ms. 36 per. 15]
3. Bagaimanakah doa dapat membantu kita untuk jujur dengan diri sendiri? (Mzm. 139:23, 24) [lv ms. 184 per. 5]
4. Mengapakah kita harus memandang doa sebagai satu penghormatan yang besar? (Mzm. 145:18, 19) [bh ms. 189 per. 1]
5. Di Amsal 4:23, apakah maksud “pemikiran” kita dan mengapakah kita mesti menjaganya? [lv ms. 117 per. 12]
6. Apakah perasaan Yehuwa terhadap mereka yang tidak bersikap jujur semasa menjalankan urus niaga? (Ams. 11:1) [lv ms. 192 per. 15]
7. Apakah pandangan Tuhan tentang nyawa binatang? (Ams. 12:10) [bh ms. 148 per. 9]
8. Menurut Amsal 15:4, mengapakah kita mesti mengawal pertuturan kita? [lv ms. 154 per. 4]
9. Bagaimanakah seseorang dapat menjadi lebih bijak? Bagaimanakah hal ini menunjukkan bahawa dia “mengasihi dirinya”? (Ams. 19:8) [lv ms. 123 per. 24]
10. Bagaimanakah pengetahuan bermanfaat bagi rumah tangga? (Ams. 24:3) [lv ms. 151-152 per. 20, 21]