Sorotan Aktiviti Penyebaran
Ogos 2011
Kami dengan suka cita mengumumkan jumlah penyiar telah mencecah lebih daripada 4,000 orang untuk bulan Ogos. Ini merupakan angka yang tertinggi! Sebagai penutup tirai tahun aktiviti penyebaran 2011, seramai 89 orang telah dibaptis di dua belas distrik konvensyen, “Datanglah Kerajaan Tuhan.” Kami tumpang gembira dengan anda apabila melihat berkat Yehuwa menerusi peningkatan ini. Kami menantikan bimbingan-Nya untuk tahun aktiviti penyebaran 2012 nanti.