Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan bagi Jun: Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? Berusaha untuk memulakan pembelajaran Bible pada kunjungan pertama. Jika penghuni rumah sudah mempunyai buku ini dan tidak ingin mempelajari Bible, penyiar boleh menawarkan majalah atau brosur lama yang menarik minatnya. Julai dan Ogos: Mana-mana brosur 32 muka surat yang berikut: Dengarlah Cakap Tuhan, Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya, Roh Orang Mati, Bible—Apakah Mesejnya?, atau Adakah Kehidupan Diciptakan? Semasa membuat kunjungan kembali, tawarkan buku Ajaran Bible dan berusaha memulakan pembelajaran Bible. September: Gunakan risalah Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran? Semasa membuat kunjungan kembali, tawarkan buku Ajaran Bible dan berusaha memulakan pembelajaran Bible.
◼ Video “Seluruh Persaudaraan Kristian Kita” (Our Whole Association of Brothers) akan dibincangkan semasa Perjumpaan Aktiviti Penyebaran yang akan datang. Jika perlu, DVD ini patut dipesan melalui sidang.