Kaum Muda Bertanya—Bagaimanakah Saya Boleh Memiliki Sahabat Sejati?
Yehuwa mencipta manusia dengan keupayaan untuk berkomunikasi dan menjalin persahabatan. (Ams. 17:17; 18:1, 24) Jika kita mahu saling mendapat manfaat, kita mesti memilih sahabat dengan teliti. (Ams. 13:20) Selepas menonton video “Kaum Muda Bertanya—Bagaimanakah Saya Boleh Memiliki Sahabat Sejati?” (Young People Ask—How Can I Make Real Friends?), jawablah soalan-soalan berikut:
Pengenalan:
(1) Apakah itu sahabat sejati?
Penghalang Persahabatan:
(2) Bagaimanakah kita boleh mengatasi perasaan tersisih? (Flp. 2:4) (3) Mengapakah kita patut bersedia mengubah keperibadian kita? Siapakah yang boleh membantu kita? (2 Kor. 13:11) (4) Bagaimanakah kita boleh mencari peluang untuk mendapat kawan baru?—2 Kor. 6:13.
Persahabatan dengan Tuhan:
(5) Bagaimanakah kita boleh menjalin hubungan yang lebih erat dengan Yehuwa? Mengapakah usaha ini berbaloi? (Mzm. 34:9) (6) Bagaimanakah kita dapat menjalin persahabatan yang berfaedah dengan orang lain jika kita menjadikan Yehuwa kawan akrab kita?
Jenis Sahabat yang Salah:
(7) Siapakah yang tergolong dalam “persahabatan yang buruk”? (1 Kor. 15:33) (8) Bagaimanakah sahabat yang salah menghancurkan kerohanian kita?
Drama Moden:
(9) Apakah pengajaran yang diperoleh daripada kisah Bible tentang Dina? (Kej. 34:1, 2, 7, 19) (10) Bagaimanakah Tara mencari alasan untuk bergaul dengan muda-mudi yang tidak seiman? (11) Kawan sekolah Tara mendedahkannya kepada bahaya apa? (12) Mengapakah ibu bapa Tara tidak sedar akan bahaya yang dihadapinya? Namun, bagaimanakah mereka membantunya memulihkan kerohaniannya? (13) Bagaimanakah seorang saudari perintis menjadi sahabat sejati Tara? (14) Apakah yang disedari Tara akhirnya?
Penutup:
(15) Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada video ini? (16) Bagaimanakah anda boleh menggunakan video ini untuk membantu orang lain?
Semoga kita memilih sahabat yang akan membantu kita memelihara persahabatan yang paling berharga—persahabatan dengan Tuhan!—Mzm. 15:1, 4; Yes. 41:8.